• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Wilayah Persekutuan, DBKL Bantu Mangsa Banjir

oleh Ahmad Albab
12/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – UMNO Wilayah Persekutuan akan meneruskan misi bantuan pasca banjir di negeri-negeri yang terjejas dengan bencana itu, menerusi aktiviti kesurelawanan di kalangan anggotanya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, setakat ini, seramai 250 sukarelawan termasuk anggota, Pemuda dan Wanita UMNO dari pelbagai bahagian itu telah dihantar ke negeri yang terjejas banjir.

“Kumpulan pertama sukarelawan ini yang dilengkapi dengan peralatan pembersihan seperti alat semburan jet air, telah ke beberapa tempat seperti Kelantan.

“Misi bantuan pasca banjir ini akan diteruskan sehingga kita merasakan mangsa-mangsa yang terjejas ini, sekurang-kurangnya, boleh kembali kepada kehidupan asal mereka,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, UMNO Bahagian Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Pemuda UMNO Labuan dan Putrajaya juga terlibat dalam misi itu dengan menyediakan keperluan asas dan peralatan sekolah seperti baju seragam sekolah.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut membantu mangsa banjir dalam kerja-kerja pembersihan di kawasan tertentu di Temerloh, Pahang.

“Saya bangga apabila diarahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menggembleng kekuatan kita bagi membantu misi pasca banjir kerana ia sangat membantu,” katanya. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

Rakyat Johor Tolong Tunaikan Hasrat Kor Ming Letak Jawatan – Akmal

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Bangsa Johor boleh membantu menunaikan hasrat Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming untuk melepaskan jawatan menteri....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd