• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Rumah Larikan Wang Majikan RM31,000

oleh Ahmad Albab
23/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang pembantu rumah dipercayai melarikan wang majikannya berjumlah RM31,000 dalam kejadian di Presint 14, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan berkata majikannya seorang wanita berusia 64 tahun hanya menyedari perkara itu selepas bangun dari tidur pada pukul 4 petang.

Menurutnya mangsa yang merupakan seorang pesara pada mulanya mendapati pembantu rumah tersebut yang dikenali sebagai Dasirah, tiada di dalam biliknya di tingkat bawah.

“Baju dalam almari pembantu itu juga didapati berkurangan, dipercayai sudah pun meninggalkan rumah.

“Pengadu kemudian memeriksa bilik anak lelakinya dan mendapati mata wang US$7,000 (RM28,536) sudah hilang, selain wang tunai RM3,000 yang diletakkan di dalam laci meja solek di bilik anak perempuannya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rosly berkata mangsa memaklumkan setiap bilik di rumah itu tidak berkunci dan rumah berkenaan juga tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya, maklumat mengenai suspek sudah diperoleh dan pasport suspek masih dipegang oleh ejen bagi tujuan pembaharuan permit.

Berikutan itu, Rosly berkata polis sedang mencari Dasirah yang merupakan wanita warga Indonesia bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: pembantu rumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

12/12/2025
0

HONG KONG, 12 Dis – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan terkorban dalam kebakaran besar di Wang Fuk Court, Tai...

Pembantu Rumah Cederakan 2 Beranak Direman 7 Hari

Pembantu Rumah Cederakan 2 Beranak Direman 7 Hari

12/11/2025
0

KUANTAN: Pembantu rumah yang dipercayai mencederakan dua beranak termasuk seorang daripadanya putus ibu jari tangan kiri dalam pergaduhan di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd