• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Kerjaya Politik Semaksimum Bantu Rakyat

oleh Ahmad Albab
23/12/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SOOK – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata beliau akan terus menggunakan kerjaya politiknya semaksimum mungkin untuk memberi perkhidmatan terbaik membangunkan taraf hidup rakyat di kawasan Parlimen Pensiangan.

Kurup berkata, sepanjang menjadi Anggota Parlimen di kawasan itu, banyak pembangunan yang beliau ikhtiarkan untuk kemudahan dan keselesaan rakyat di situ.

Sebagai contoh katanya, jalan raya berturap sejauh 65 kilometer berharga RM105 juta yang menghubungkan Keningau-Nabawan-Sepulut dan Keningau Sinua telah mengubah landskap kehidupan rakyat kawasan itu.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) juga membina sebuah klinik kesihatan bertaraf hospital di Nabawan selain sebuah kompleks sukan yang dilengkapi trek larian untuk meningkatkan prestasi ahli-ahli sukan di luar bandar,” katanya kepada Bernama pada Majlis Penyerahan Bantuan Tangki Air kepada penduduk Kampung Penggeridan Tulid di sini hari ini.

Kurup berkata kerajaan BN turut memperuntukkan sejumlah RM1 juta untuk membiayai projek pembaikan 100 rumah di seluruh kawasan Parlimen Pensiangan yang dilaksanakan secara gotong-royong.

“Inilah keikhlasan kerajaan BN dalam usaha membantu rakyat untuk meningkat taraf hidup mereka,” katanya.

Sementara itu, Kurup yang juga presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBSR) mengingatkan rakyat supaya mengelak terjebak dengan isu-isu politik perkauman yang dibawa pembangkang kerana ia boleh memecahkan hubungan kaum serta mengancam perpaduan.

“… Ia (politik perkauman) boleh menjadi satu tragedi besar yang memecahbelahkan kaum sekiranya tidak dibendung…kita bertanggungjawab untuk menghentikan semua ini,” katanya.

Sementara itu penerima bantuan tangki air di kampung berkenaan menyifatkan bantuan itu sebagai sangat bermakna ketika penduduk sedang berhadapan kesukaran memperoleh air bersih.

“BN memberikan nafas baharu kepada kami,” kata ketua kampung itu Mahmud Moggong. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Joseph Kurup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jauhi Isu Agama & Perkauman Dalam PRU14

04/04/2018
0

PUTRAJAYA - Parti politik dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diingatkan tidak memainkan isu-isu sensitif seperti...

16 Koperasi Rukun Tetangga Bakal Ditubuh Tahun Ini

25/03/2018
0

LANGKAWI - Sebanyak 16 koperasi Rukun Tetangga akan ditubuhkan tahun ini sebagai strategi berterusan untuk melibatkan badan komuniti tersebut dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd