• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Anggota PAS Sertai PKR Hanya Khabar Angin

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – PAS menegaskan dakwaan konon beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pimpinan parti itu di Selangor akan menyertai PKR adalah khabar angin semata-mata.

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, khabar angin berkenaan sengaja dicipta untuk mengganggu persiapan PAS menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang dijangka berlangsung beberapa bulan lagi.

Katanya, ia juga bertujuan untuk mewujudkan kegusaran dalam kalangan anggota di negeri berkenaan agar mereka hilang tumpuan.

“Saya sudah bercakap dengan ADUN PAS Selangor dan mereka amat terkejut dengan khabar angin itu,” kata Iskandar dalam kenyataan hari ini.

Sebuah portal berita melaporkan jentera pilihan raya PKR Selangor diminta bersedia menerima gelombang kemasukan pemimpin dan anggota PAS termasuk untuk bertanding atas tiket parti itu dalam PRU akan datang.

Kata Iskandar: “Sebarang berita berunsur spekulasi perlu diabaikan sahaja. Mereka tidak sepatutnya terperangkap dengan strategi musuh yang mahu persiapan pilihan raya PAS lumpuh.

“Musuh mahu melihat pimpinan dan anggota PAS curiga-mencurigai antara satu sama lain.” – BERNAMA

Tags: PASPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

03/11/2026
0

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd