• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Ditahan Rogol Anak Hingga Mengandung

oleh Ahmad Albab
23/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang peniaga kerana merogol anaknya berusia 15 tahun sehingga remaja perempuan itu mengandung enam bulan dalam kejadian di rumah mereka di Ayer Itam, di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di rumahnya semalam dan polis mendapat perintah reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Ibu mangsa yang mengesyaki suaminya melakukan perkara tidak senonoh kepada anak mereka yang sudah tidak bersekolah itu membuat laporan berhubung kejadian tersebut semalam.

“Ujian air kencing juga mendapati remaja perempuan itu mengandung dan ekoran itu polis menahan lelaki berkenaan serta merampas telefon bimbitnya untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut dan mengesahkan remaja perempuan itu mengandung enam bulan.

Anuar berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan dengan penahanan bapa mangsa, polis percaya dapat menyelesaikan kes tersebut.

Dalam perkembangan lain, katanya polis sedang mengesan seorang wanita warga Australia yang dilaporkan hilang selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik pergigian di Pulau Tikus di sini, sejak 13 Dis lepas.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan polis daripada suami mangsa yang memaklumkan isterinya, Jenkins Annapuranee, 65, keluar dari bilik hotel mereka pada 3 petang hari berkenaan untuk pergi ke klinik pergigian tersebut.

“Setelah selesai mendapatkan rawatan, pekerja di klinik itu memesan Uber untuk mangsa pulang ke hotelnya di Lorong Batu Lanchang, Air Itam dan semasa dalam perjalanan warga emas berkenaan menyuruh pemandu Uber tersebut menurunkan dia di lampu isyarat Jalan Scotland/Batu Gantung.

“Pemandu berkenaan memberhentikan dalam kawasan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ramakrishna iaitu tidak jauh daripada lampu isyarat berkenaan dan sejak itu mangsa tidak pulang ke hotel serta gagal dikesan,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa yang berketinggian 165 sentimeter dan berat 75 kilogram serta berkulit gelap supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kes rogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd