Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Betty Dedah Sikap Sebenar...

RAMADAN kali ini cukup bermakna dan memberikan kegembiraan yang berbeza buat pelakon terkenal,...

Abang Penyerang Pisau Ditahan...

SYDNEY - Polis mengenal pasti penyerang yang menikam mati seorang lelaki dalam satu...

UMNO Johor Terima Keputusan...

KUALA LUMPUR - UMNO Johor berharap barisan Kabinet yang baharu dibentuk semalam mampu...

13 Sekolah Di Kelantan...

KOTA BHARU - Sebanyak 13 sekolah di tiga jajahan di negeri ini ditutup...

Peniaga Ditahan Rogol Anak Hingga Mengandung

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang peniaga kerana merogol anaknya berusia 15 tahun sehingga remaja perempuan itu mengandung enam bulan dalam kejadian di rumah mereka di Ayer Itam, di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di rumahnya semalam dan polis mendapat perintah reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Ibu mangsa yang mengesyaki suaminya melakukan perkara tidak senonoh kepada anak mereka yang sudah tidak bersekolah itu membuat laporan berhubung kejadian tersebut semalam.

“Ujian air kencing juga mendapati remaja perempuan itu mengandung dan ekoran itu polis menahan lelaki berkenaan serta merampas telefon bimbitnya untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut dan mengesahkan remaja perempuan itu mengandung enam bulan.

Anuar berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan dengan penahanan bapa mangsa, polis percaya dapat menyelesaikan kes tersebut.

Dalam perkembangan lain, katanya polis sedang mengesan seorang wanita warga Australia yang dilaporkan hilang selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik pergigian di Pulau Tikus di sini, sejak 13 Dis lepas.


Beliau berkata pihaknya menerima laporan polis daripada suami mangsa yang memaklumkan isterinya, Jenkins Annapuranee, 65, keluar dari bilik hotel mereka pada 3 petang hari berkenaan untuk pergi ke klinik pergigian tersebut.

“Setelah selesai mendapatkan rawatan, pekerja di klinik itu memesan Uber untuk mangsa pulang ke hotelnya di Lorong Batu Lanchang, Air Itam dan semasa dalam perjalanan warga emas berkenaan menyuruh pemandu Uber tersebut menurunkan dia di lampu isyarat Jalan Scotland/Batu Gantung.

“Pemandu berkenaan memberhentikan dalam kawasan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ramakrishna iaitu tidak jauh daripada lampu isyarat berkenaan dan sejak itu mangsa tidak pulang ke hotel serta gagal dikesan,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa yang berketinggian 165 sentimeter dan berat 75 kilogram serta berkulit gelap supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Kategori