• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah FELDA: Perlu Siasat Hingga Ke Akar Umbi

oleh Ahmad Albab
23/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Siasatan menyeluruh sehingga ke akar umbi perlu dilakukan terhadap semua pihak yang berkaitan dalam transaksi pindah milik tanah FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata siasatan itu bukan hanya melibatkan FELDA dan Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC) tetapi juga perlu meliputi syarikat pemaju tanah yang dilantik.

“Saya percaya semua pihak perlu dipertanggungjawabkan. Semua rakyat tidak kira sama ada golongan peneroka atau mereka yang tidak berkaitan dengan FELDA terperanjat dengan isu yang dibangkitkan ini.

“Siasatan perlu dilakukan hingga ke peringkat akar umbi kerana jumlah yang terlibat amat besar dan tanah di Jalan Semarak juga amat berharga dan sesekali tidak boleh dilepaskan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Raja Sehari Mega Parlimen Bera 2017 di Kompleks Rakan Muda Bera di sini, hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian semasa mengulas laporan bahawa FELDA berisiko hilang hak ke atas tanah yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta di Jalan Semarak menerusi transaksi pindah milik yang mencurigakan sejak 2015.

Beliau juga berpandangan FELDA juga harus mengambil tindakan undang-undang jenayah, jika terdapat unsur jenayah seperti penipuan dalam penukaran hak milik itu, dan bukan hanya bergantung kepada tindakan sivil.

Siasatan juga perlu melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya.

Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera, meminta rakyat untuk memberi peluang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terlebih dahulu dan tidak terus membuat kesimpulan dengan menyalahkan atau mengaitkan mana-mana pihak.

“Kita tidak dapat elak akan ada pihak yang mahu mempolitikkan isu ini… tapi sewajarnya ia diserahkan kepada pihak berkuasa dan SPRM. Jangan kita ganggu siasatan mereka.

“Begitu juga kepada FELDA… beri peluang untuk mereka lakukan tindakan undang-undang. Kurangkan elemen politik dalam isu ini sebab kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku,” katanya. – BERNAMA

Tags: Felda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

Anwar Sangkal Muhyiddin Berkaitan Pelupusan Hutang FELDA

08/07/2023
0

Sintok : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd