• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awal Bakal Ganti Nabil Untuk Program MeleTOP?

oleh
23/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEHADIRAN figura tampan, Awal Ashaari menggantikan pelawak, Nabil yang sedang bercuti sebagai pengacara program MeleTOP baru-baru ini menerima reaksi positif netizen dan pihak produksi.

Gaya pengacaraan Awal yang begitu profesional bukan sahaja diterima baik malahan ada netizen turut meminta agar figura itu dikekalkan menjadi pengacara tetap untuk rancangan hiburan berkenaan.

Susulan perkara itu, terdapat desas-desus mendakwa tindakan Awal mengundur diri daripada rancangan hiburan TV3, Melodi kerana bakal bergandingan bersama aktres, Neelofa mengendalikan program MeleTOP.

Spekulasi tersebut menjadi luas selepas beliau memaklumkan bakal meninggalkan Melodi selepas lebih kurang enam tahun mengendali rancangan terbitan stesen swasta popular yang pertama di tanah air itu.

Bagaimanapun, sehingga kini pihak TV3 dan Astro masih belum lagi memberi sebarang pengesahan mahupun kenyataan berhubung perkara itu.

Terdahulu, Awal telah mengejutkan peminat industri hiburan tanah air apabila mengatakan bakal mengundur diri daripada mengacara rancangan Melodi.

Ekoran itu, ramai nama selebriti tanah air yang dicalonkan bagi menggantikan tempat pengacara popular itu, antaranya pelakon, Janna Nick dan seorang lagi artis lelaki yang tidak didedahkan namanya.

Baca: Tolak Janna Nick, Netizen Cadang Azwan Ali Ganti Awal?

Namun, perkhabaran itu mendapat tentangan hebat daripada netizen di mana rata-rata tidak bersetuju dan beranggapanJanna bukanlah selebriti yang sesuai untuk menggantikan Awal. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Awal AshaariNeelofa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Awal Ashaari Mengaku Tidak Salah Rosakkan Palang Pagar

17/05/2022
0

PETALING JAYA : Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd