• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Tanah FELDA: Isa Samad Bakal Dipanggil Polis

oleh
26/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis tidak menolak kemungkinan memanggil bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad bagi bantu siasatan berhubung isu pertukaran hak milik tanah di ibu kota.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Nor Rashid Ibrahim, berkata satu pasukan khas sudah diwujudkan bagi menjalankan siasatan berhubung kes penjualan tanah agensi itu di Jalan Semarak.

Kata beliau lagi, pasukan tersebut kini dalam proses untuk mengumpulkan pelbagai bukti sebelum beberapa saksi berkaitan akan dipanggil bagi memberi keterangan dalam tempoh terdekat.

“Kita tunggu arahan lanjut sama ada akan memanggil beliau untuk diambil keterangan atau sebaliknya. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 421 Kanun Keseksaan atas kesalahan tipu dan pemalsuan dokumen,” katanya.

Nor Rashid berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Kayuhan Basikal Solidariti PDRM 2017 di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, di sini, awal pagi tadi.

Turut hadir ialah Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Chee Lye.

Akhbar kelmarin melaporkan FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.

Pindah milik itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC) melantik Synergy Prominade Sdn. Bhd. sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dengan surat kuasa wakil penuh membangunkannya.

Mohd. Isa adalah Pengerusi FELDA dari 2011 hingga Januari 2017; Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga 2017.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebelum ini menyatakan keyakinan FELDA dapat peroleh semula hak milik empat bidang tanahnya di Jalan Semarak menerusi usaha yang telah dilakukan setakat ini.

Ia termasuk laporan polis serta mendaftarkan kaveat ke atas tanah itu. Jelasnya, FELDA tidak bertindak sendirian kerana segala langkah diambil dimaklumkan kepada semua pihak berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: FeldaIsa Samad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz

Ada ‘Tangan Ghaib’ Halang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor – Onn Hafiz

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mendedahkan terdapat 'tangan ghaib' menghalang Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor...

Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Gelaran Tan Sri Isa Samad

Yang di-Pertuan Agong Tarik Balik Gelaran Tan Sri Isa Samad

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menarik balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd