• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

46 Saman Ops Kenderaan Perdagangan Di Ipoh

oleh Ahmad Albab
23/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sebanyak 46 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Kenderaan Perdagangan yang dijalankan di sekitar bandar raya Ipoh semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak DSP Kamarulzaman Jusoh berkata selain pihaknya, operasi yang bermula sejak 3 petang hingga 10 malam itu turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Katanya operasi yang melibatkan keseluruhan enam pegawai dan 35 anggota daripada ketiga-tiga agensi itu diadakan berikutan terdapat banyak aduan masyarakat mengenai kebimbangan terhadap kemalangan maut melibatkan kenderaan berat.

Beliau berkata antara kesalahan dikesan sepanjang operasi itu termasuk penggunaan permit palsu, tiada lesen memandu, tayar botak, cukai jalan tamat tempoh dan membawa muatan lebih.

“Selain itu, pihak AADK menahan tiga pemandu berumur antara 25 dan 29 tahun selepas didapati positif dadah jenis ganja dan syabu,” katanya kepada pemberita di lokasi operasi, malam tadi.

Kamarulzaman berkata ketiga-tiga pemandu terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 Rawatan dan Pemulihan.

Katanya pihak berkuasa akan sentiasa menjalankan operasi sedemikian dan pada masa sama meminta orang ramai supaya berkongsi maklumat dengan pihak berwajib.

“Kita dapati apabila operasi dijalankan lori-lori terlibat seperti sudah menghidu perkara ini, sebab itu kali ini kita ubah waktu dan kaedah mengikut keadaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes saman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021...

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

26/05/2025
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, menolak rayuan akhir Public Bank Bhd untuk mengetepikan saman RM560 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd