• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid, Cikgu Azizan Perlu Ruang Untuk Bertenang

oleh AK-47
23/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kementerian Pendidkan menggesa masyarakat memberi ruang untuk bertenang kepada kedua-dua belah pihak yang terlibat dengan kes membabitkan seorang murid 11 tahun yang ditampar guru Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, dekat sini April lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Chong Sin Woon berkata beliau telah berjumpa dengan ibu bapa murid terlibat pagi tadi dan berharap agar mana-mana pihak tidak memberi sebarang komen kerana keluarga tersebut sedang trauma serta tertekan.

Beliau berkata perasaan itu turut dirasai oleh semua pihak termasuk sekolah, keluarga dan juga guru yang terlibat, Azizan Manap atau Cikgu Azizan.

“Seperti komen Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, kita jangan mencari siapa yang salah tetapi mencari jalan penyelesaian untuk mendamaikan kedua-dua belah pihak.

“Saya telah berbincang dengan kedua-dua ibu bapa murid berkenaan dan mereka perlukan satu jangka masa untuk bertenang kerana keluarga tersebut bimbang dengan komen dalam media sosial, sehingga ada ugutan hendak membunuh mereka,” katanya dalam sidang media Shoes Donation Campaign, di sini hari ini.

Chong berkata keluarga tersebut berasa terancam dan mereka berharap supaya dapat kembali menjalani kehidupan yang normal, termasuk juga Cikgu Azizan.

“Kita akan berusaha menyelesaikan isu ini sebelum musim persekolahan tahun hadapan bermula. Ini merupakan isu yang telah diheret ke jalan salah dan kita perlu kembali untuk menyelesaikannya melalui perbincangan dan kemuafakatan,” katanya.

Selasa lalu, Mahkamah Majistret Seremban melepaskan tanpa membebaskan Azizan Manap, 44, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah berkenaan bersabit pertuduhan mencederakan muridnya pada April lalu.

Keputusan dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad memberitahu pihaknya menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik semula pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Chong Sin Woon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Tuisyen Tambahan PNP Di Sekolah

26/04/2018
0

SEREMBAN – Pelajar perlu menjadikan tuisyen sebagai tambahan bagi proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) yang diajar guru semasa di sekolah,...

Pelbagai Pihak Zahir Penghargaan Hari Wartawan

11/04/2018
0

KUALA LUMPUR – Pelbagai pihak hari ini menzahirkan penghargaan mereka kepada warga pengamal media di negara ini bersempena Hari Wartawan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd