• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Di Stesen Minyak

oleh Ahmad Albab
23/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lagi lelaki di bandar raya ini semalam bagi membantu siasatan kes bunuh di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi di sini, Ahad lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata penahanan lelaki berumur 22 tahun itu menjadikan jumlah tangkapan setakat ini adalah 14 individu yang terdiri daripada empat wanita dan 10 lelaki berumur 16 hingga 26 tahun.

“Kita percaya dengan tangkapan 14 individu ini, kita dapat selesaikan kes ini. Kita masih cuba mengesan saki baki (mereka yang dipercayai terlibat) yang telah kita kenal pasti,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Setakat ini, katanya, polis sudah merekodkan keterangan dari lapan individu bagi membantu siasatan itu termasuk saksi yang berada di stesen minyak berkenaan.

Beliau berkata polis masih menyiasat latar belakang mangsa yang merupakan anggota kongsi gelap dan siasatan awal mendapati kejadian itu melibatkan pergaduhan mengenai hutang berkaitan pengedaran dadah.

Wan Ahmad Najmuddin berkata tiga pasukan dari Bukit Aman juga diarahkan ke Johor bagi membantu soal siasat yang dijalankan terhadap tangkapan dan saksi berkaitan kes berkenaan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menerima kerjasama Pasukan Polis Singapura (SPF) yang membantu menahan tujuh individu di republik itu, katanya.

Mengenai kereta BMW yang digunakan dalam jenayah terbabit, beliau berkata polis masih belum menemuinya tetapi pemeriksaan mendapati ia menggunakan nombor pendaftranpalsu dan pemilik kenderaan asal dengan nombor sama sudah membuat laporan polis.

Sambil berkata kejadian di stesen minyak itu menarik perhatian ramai ekoran ia tular di laman sosial, beliau menjelaskan bahawa ia adalah kes terpencil dan meminta orang ramai tidak gusar kerana keselamatan di negeri ini terkawal.

“Saya pasti keadaan di Johor terkawal seperti biasa dan kejadian ini tidak menjejaskan pengunjung termasuk dari luar negara,” katanya sambil memberitahu bahawa kawasan Taman Pelangi bukan kawasan tumpuan jenayah dan menggesa orang ramai tidak menyebar maklumat tidak tepat.

Dalam kejadian 7.30 malam Ahad lepas, mangsa berumur 40-an itu mati di tempat kejadian selepas ditikam, dilanggar dan digilis kereta yang dinaiki empat lelaki.

Kejadian berlaku ketika mangsa dan isterinya berhenti di stesen itu untuk mengisi angin tayar kenderaannya.

Mangsa itu dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Cina di Melaka semalam. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd