• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DRB-Hicom, Yayasan Albukhary Sumbang RM5 Juta

oleh Ahmad Albab
11/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – DRB Hicom Berhad (DRB-Hicom) dan Yayasan Albukhary hari ini menghulur sumbangan berjumlah RM5 juta serta pakaian dan peralatan keperluan asas untuk mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Cek sumbangan itu diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB Hicom Tan Sri Mohd Khamil Jamil pada satu majlis di sini.

Turut hadir di majlis itu Presiden Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCG), Tan Sri Mohd Effendi Norwawi.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohd Khamil berkata sumbangan itu lebih memfokus kepada bantuan pasca banjir untuk mangsa membina kehidupan baharu setelah harta benda mereka musnah dalam bencana itu.

“Kita turut menyediakan kira-kira 20,000 unit kelengkapan asas persekolahan seperti uniform, kasut, beg dan alat tulis selain peralatan memasak seperti dapur, gas memasak serta bahan makanan kepada keluarga yang terjejas,” katanya.

Terdahulu, Mohd Khamil serta Ketua Pegawai Operasi dan Harta DRB-Hicom Datuk Mohamed Razeek Md Hussain menandatangani perjanjian penajaan dua tahun antara syarikat itu dengan Yayasan TSMCG yang diwakili Anggota Lembaga Pemegang Amanahnya, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas dan Tan Sri Abd Rahim Mohamad.

Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan Muhyiddin dan Mohd Effendi.
Menerusi perjanjian itu, DRB-Hicom akan menyumbang RM2 juta yang dilihat sebagai peluang usaha sama kedua-dua pihak untuk terus membangunkan sukan golf di negara ini.

Tambah Mohd Khamil, TSMCG juga merupakan platform terbaik mencungkil bakat muda dalam sukan itu di samping mengasah bakat sedia ada untuk mengorak langkah ke peringkat antarabangsa. – BERNAMA

 

Tags: Banjirsumbangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan mengapa Senator DAP, RA Lingeshwaran dan badan bukan...

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd