• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himpunan Putih Solidariti Di Masjid Putra

oleh Ahmad Albab
22/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis bermula di Masjid Putra di sini, hari ini bagi menunjuk kesepakatan rakyat Malaysia dalam menentang usaha Amerika Syarikat menjadikan kota suci itu sebagai ibu negara Israel.

Himpunan itu akan disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Najib dijangka mengumumkan resolusi Malaysia berhubung isu Baitulmaqdis pada himpunan itu, yang turut dihadiri wakil dan anggota 250 pertubuhan bukan kerajaan tanpa mengira latar belakang, agama dan fahaman politik.

Seawal 10 pagi lagi, orang ramai mula berjalan menju Masjid Putra dari tempat parkir yang ditetapkan.

Mereka dilihat berpakaian serba putih mengikut tema himpunan tersebut. Turut kelihatan ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Himpunan hari ini dimulakan pada 12 tengah hari tadi dengan forum khas Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis yang disertai enam anggota panel dengan Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid bertindak sebagai moderator.

Ini disusuli khutbah khas yang disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan solat Jumaat.

Pada 6 Disember lepas, Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu pada Khamis mencatat undian 128 menyokong usul menolak keputusan AS mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel. – BERNAMA

https://www.facebook.com/mynewshub/videos/1785741405068383/

Tags: HimpunanIsu Baitulmaqdis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Himpunan Pembangkang: Polis Tak Terima Laporan 3R, Penganjur Ditegur Peserta Bawa Kanak-kanak

Himpunan Pembangkang: Polis Tak Terima Laporan 3R, Penganjur Ditegur Peserta Bawa Kanak-kanak

27/07/2025
0

KULIM: Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum menerima sebarang laporan pelanggaran berkaitan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja) atau aduan...

15,000 Dijangka Hadir Himpunan Turun Anwar, 2,000 Polis Akan Berkawal

15,000 Dijangka Hadir Himpunan Turun Anwar, 2,000 Polis Akan Berkawal

18/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menjangkakan antara 10,000 hingga 15,000 orang akan menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan pada 26 Julai. Pemangku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd