• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Selangor Bongkar Makmal Syabu Di Klang

oleh AK-47
21/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis Selangor merampas dadah jenis syabu dan bahan mentahnya bernilai hampir RM1 juta selepas menyerbu sebuah banglo yang disyaki makmal memproses dadah berkenaan serta sebuah rumah masing-masing di Bandar Puteri dan Kampung Jawa, Klang tiga hari lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata dalam serbuan pada 4 petang di banglo berkenaan, pihaknya merampas 8.97 kilogram (kg) syabu dianggar bernilai RM628, 348 serta menahan dua lelaki tempatan berumur 37 dan 40 tahun.

Beliau berkata banglo itu dipercayai menjadi makmal memproses syabu untuk pasaran tempatan sejak lima bulan lepas.

“Dalam serbuan itu, kita turut merampas wang tunai RM9,500 serta dua utas rantai emas dan menyita sebuah kereta jenis Mazda RX8,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Katanya susulan tangkapan tersebut, sepasukan polis memeriksa sebuah rumah di Kampung Jawa yang dipercayai digunakan sebagai stor simpanan pada 7.30 malam hari sama.

Ab Rashid berkata polis kemudian merampas 54,382 mililiter cecair disyaki minyak meth, 1.05 kg syabu serta beberapa bahan kimia lain dan peralatan dipercayai untuk memproses dadah dengan nilai rampasan dianggarkan RM73,570.

Dalam pada itu, beliau berkata siasatan mendapati kedua-dua suspek mempunyai kaitan dengan geng kongsi gelap, malah lelaki berumur 37 tahun terbabit mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan pernah dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 (LLPK).

Katanya kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Rabu depan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli pula memberitahu jika siap diproses, minyak meth yang dirampas terbabit mampu menghasilkan dadah dengan nilai jualan sehingga RM2.4 juta.

“Kedua-dua suspek dilihat pakar menghasilkan syabu kerana dadah yang dihasilkan berkualiti tinggi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Syabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

01/10/2025
0

PETALING JAYA - Tindakan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) melarikan diri selepas merempuh palang di Plaza Tol Damansara pada...

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

28/09/2025
0

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan di Tawau TAWAU, 28 Sept – Polis menahan tiga buruh tempatan dalam siri operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd