• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tisu Termahal Di Dunia, Dibuat Daripada Tahi Panda!

oleh
21/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIJIK tapi unik? Apa perasaan anda jika tisu yang digunakan itu diperbuat daripada najis panda?

Di China, terdapat tisu yang diperbuat daripada najis panda telah dijual dengan harga 43 yuan (RM26.46) sekotak dikenali sebagai Panda Poo.

Kebiasaannya tisu poket yang dijual di negara tembok besar itu hanya berharga 30 sen sahaja, tapi harga tisu Panda Poo ini mencecah 10 kali ganda daripada biasa!

Tisu yang diproses daripada najis panda itu juga turut menggunakan lebihan buluh yang telah dikumpul dari tiga pusat pemeliharaan panda di Sichuan, China.

Lapor akhbar Sinar Harian, memberitahu bahawa menurut SCMP, Pusat Penyelidikan dan Pemeliharaan Panda Gergasi serta syarikat tisu Sinchuan Jianwei Fengsheng telah bekerjasama bagi mengeluarkan produk berkenaan.

Oleh kerana proses penghasilan yang agak rumit, mereka terpaksa menjual tisu tersebut dengan harga yang tinggi.

Selain itu, proses berkenaan juga memerlukan bahan-bahannya dikenakan suhu yang tinggi untuk dihasilkan.

“Kami pastikan tisu-tisu berkenaan mencapai piawaian antarabangsa, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah,” kata Pengurus Sichuan Jianwei Fengsheng, Zhou Chuanping.

Seorang penyelidik yang bernama Huang Yan berkata, seekor panda gergasi mampu menghasilkan lebih 10 kilogram najis setiap hari.

Setiap pusat panda dapat memelihara lebih daripada 300 ekor panda di Wolong, Bifengxia dan Dujiangyan.

Najis panda juga kaya dengan serat serta telah digunakan sebagai baja di ladang-ladang teh dekat Sinchuan.

Ladang-ladang teh berkenaan telah bertanggungjawab bagi menghasilkan Teh Panda yang mana merupakan salah satu jenama teh yang termahal di dunia. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Chinapanda
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd