• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Pasangan Kembar Ceria Mulakan Sekolah

oleh Ahmad Albab
12/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Dua pasangan kembar yang mendaftar masuk Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Convent di sini hari ini ceria dan gembira memulakan hari pertama persekolahan dan tidak sabar untuk mengikuti sesi pembelajaran dengan guru baharu.

Pasangan kembar itu yang berusia tujuh tahun, Hani Qistina Mohd Hazrizaidi dan Hani Qaisara ditempatkan di kelas Tahun Satu Setia manakala Puteri Rania Syakira Bukhari dan Puteri Rania Syakirin, ditempatkan di kelas Tahun Satu Kreatif.

Hani Qistina yang tinggal di Taman Cengal di sini berkata dia dan adiknya bersemangat untuk memasuki kelas baharu dan amat gembira kerana dapat berjumpa dengan rakan baharu yang akan belajar bersama-sama.

“Seronok sebab duduk dengan adik dan kawan baru. Kami bangun awal dan tak sabar untuk ke sekolah. Pakai baju baru… memang seronok,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di SK Convent di sini hari ini.

Puteri Rania Syakira berkata dia dan adiknya tidak sabar untuk memulakan sesi pembelajaran dengan guru-guru dengan persekitaran yang berbeza daripada kelas tabika dan prasekolah.
“Nak belajar kenal huruf dengan cikgu. Nak belajar sungguh-sungguh…nak pandai jadi macam cikgu,” katanya sambil berseloroh.

Sementara itu bapa pasangan Hani Qistina dan Hani Qaisara, Mohd Hazrizaidi Abd Rahman, 35, berkata anak pertama dan keduanya itu pernah mendapat pendidikan awal prasekolah di sekolah sama (SK Convent) sebelum ini sekali gus membantu mereka untuk menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran sekolah itu.

Katanya dua beradik itu tidak pernah berenggang sejak kecil dan gembira apabila mereka berdua ditempatkan dalam kelas yang sama.

Guru Besar SK Convent Norlilawati Mohamed berkata 72 murid Tahun Satu mendaftar pada sesi persekolahan tahun ini dengan dua kelas dibuka bagi tujuan itu.

Katanya pihak sekolah mengadakan program transisi semalam bagi membiasakan murid-murid terhadap persekitaran sekolah di samping membolehkan ibu bapa mendapat maklumat mengenai sekolah dan peraturan yang ditetapkan.

Jabatan Pelajaran Negeri dalam kenyataan berkata 30,290 murid mendaftar bagi memulakan sesi persekolahan Tahun Satu 2015 melibatkan 544 sekolah rendah di negeri ini.

Sebanyak 25,624 murid mendaftar di SK, manakala 3,495 pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 1,171 pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). – BERNAMA

Tags: kembarSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd