• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Mangsa Bunuh Stesen Minyak Dibawa Ke Melaka

oleh Ahmad Albab
23/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Selepas tiga hari ditempatkan di Pusat Peringatan Nirvana di Jalan Skudai, di sini, mayat mangsa bunuh di stesen minyak Taman Pelangi, Ahad lepas, dibawa ke Melaka untuk dikebumikan hari ini.

Tinjauan pemberita mendapati anggota keluarga mendiang tiba seawal 8 pagi untuk memberi penghormatan terakhir, sebelum mayat diusung ke dalam kenderaan jenis Mercedez E250 CGI kira-kira pukul 9.50 pagi.

Turut kelihatan, isteri mangsa yang dipercayai warga Vietnam serta anak lelaki mangsa yang kemudian dilihat menaiki sebuah bas untuk mengiringi jasad mangsa ke Melaka.

Jasad mangsa dilaporkan akan dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Cina di sana memandangkan mangsa berasal dari Melaka.

Dalam kejadian Ahad lepas, mangsa berusia 30-an maut selepas ditikam, dilanggar dan digilis sekumpulan empat lelaki di stesen minyak berkenaan.

Kejadian berlaku ketika mangsa dan isterinya berhenti di stesen itu untuk mengisi angin tayar kenderaannya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mendedahkan kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan dua kumpulan kongsi gelap.

Semalam, polis mengesahkan menahan seorang lelaki berumur 22 tahun dan seorang wanita berumur 19 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh berkenaan. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd