• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tiba Di Male Untuk Lawatan Rasmi Ke Maldives

oleh AK-47
20/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALE (Maldives) – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Selasa untuk lawatan rasmi dua hari ke Maldives, sebuah negara kepulauan.

Ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Lapangan Terbang Antarabangsa Velana, Hulhule disambut oleh Menteri Luar Maldives, Dr. Mohamed Asim dan Menteri Dalam Negeri, Azleen Ahmed yang juga Menteri Pengiring.

Pesawat khas yang membawa Najib dan delegasi dari Colombo mendarat di lapangan terbang pada 4.50 petang waktu tempatan (7.50 malam waktu Malaysia). Rombongan perdana menteri temasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Turut hadir ialah Setiausaha Luar Maldives, Ahmed Sareel dan Duta Besar Maldives ke Malaysia, Mohamed Fahmi Hassan.

Perdana Menteri memeriksa perbarisan kehormatan terdiri daripada anggota Angkatan Pertahanan Negara Maldives.

Najib dan isteri kemudian dibawa menaiki bot menuju ke Kurumba, Maldives yang menjadi tempat penginapan mereka semasa lawatan tersebut.

Anggota lain delegasi peringkat tertinggi dari Malaysia ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh; dan beberapa pegawai kanan kerajaan.

Esok, jadual ketat Najib bermula dengan upacara sambutan negara apabila beliau akan disambut oleh Presiden Maldives, Abdulla Yameen Abdul Gayoom. Kedua-dua pemimpin dijadual mengadakan mesyuarat empat mata diikuti mesyuarat dua hala dengan delegasi dari kedua-dua negara.

Kedua-dua mereka juga akan menyaksikan majlis pemeteraian empat Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara mengenai penubuhan Pusat Kebudayaan Maldives dalam bidang kesihatan, memadamkan kebakaran dan menyelamat serta pendidikan tinggi.

Maldives ialah negara paling kecil di Asia dari segi penduduk dan keluasan. Negara kepulauan dengan keluasan 90,000 kilometer persegi itu mempunyai jumlah penduduk hampir 450,000 orang.

Malaysia dan Republik Maldives, kedua-duanya negara Islam, menjalin hubungan mesra dan merangkumi berbagai bidang yang luas termasuk pendidikan, pelancongan dan bantuan teknikal, yang memberi manfaat bersama kepada kedua-dua negara.

Kedua-dua negara menjalin hubungan dua hala 49 tahun lalu.

Lawatan sulung Najib ke Maldives ialah atas jemputan Presiden negara itu dan lawatan itu dilakukan 33 tahun selepas seorang Perdana Menteri dari Malaysia membuat lawatan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd