• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAFA Sahkan Sedang Dapatkan Pemain Indonesia

oleh AK-47
19/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengesahkan sedang dalam rundingan untuk mendapatkan khidmat pemain Indonesia, Terens Owang Puhiri bagi memantapkan lagi jentera serangan skuad The Bos Gaurus musim depan.

Setiausaha Kehormatnya, Ahmad Shahrul Azhar Sofian berkata rundingan antara kedua-dua pihak masih berjalan namun keputusan muktamad mungkin hanya akan diketahui pada awal Januari depan.

“Perak antara pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat Terens yang sememangnya mempunyai kualiti dalam menguatkan pasukan terutama di bahagian serangan.

“Kami masih lakukan rundingan dan diharapkan kata putus melaluinya akan memberi sinar gembira kepada pasukan dan juga penyokong,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini, Terens, 21, yang juga pemain Borneo FC ialah pemain Indonesia terbaharu yang dikhabarkan bakal berhijrah ke Liga Super selepas Selangor mengikat Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn.

Ura-ura berkenaan penghijrahan Terens itu turut diperkuatkan dengan kenyataan Presiden Borneo FC, Nabil Husein Said Amin pada 6 Dis lalu yang mendedahkan kelab itu menerima beberapa tawaran daripada pasukan luar termasuk daripada Perak.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Shahrul yang juga pengurus pasukan menafikan dakwaan bahawa Perak masih melakukan rundingan bagi mengekalkan khidmat bekas ketua pasukan, Muhammad Shahrom Abdul Kalam.

“Perkara ini telah selesai sebenarnya. Tiada sebarang perbincangan kita lakukan bersama Shahrom selepas kita umumkan senarai pemain tempatan sebelum ini,” katanya.

Selain itu, beliau turut menjelaskan kontrak pemain import Yashir Pinto Islame daripada Palestin tidak akan disambung pada musim depan.

Katanya, kehadiran Pinto di Ipoh sebelum ini adalah untuk memulihkan kecederaan yang dihadapi sewaktu mewakili Perak sebelum ini.

“Pinto balik ke sini sebab dia masih ada kontrak dengan kita sampai penghujung bulan ini dan dia juga ada minta bantuan daripada kita untuk bantu memulihkan kecederaan yang dialami,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Shahrul Azhar SofianPAFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kawalan Ekonomi Liga Malaysia Wajar – PAFA

27/01/2019
0

NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Abd Aziz Yeop Jamaluddin menyokong langkah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk melaksanakan...

Perak Sah Dapat Khidmat Anderson Selama Semusim

26/12/2018
0

IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sah mendapatkan khidmat bekas pertahanan import PKNS FC, Zac Anderson dalam menghadapi saingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd