• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kami Sekeluarga Tertekan” – Bapa Murid 11 Tahun

oleh AK-47
20/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“SAYA belum bersedia, kami sekeluarga menerima terlalu banyak tekanan.”

Demikian luahan bapa kepada murid lelaki berusia 11 tahun yang didakwa menghadapi masalah disiplin sehingga mengheret Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan ke mahkamah.

Menurut lelaki berusia 50 tahun itu, dia menerima banyak tekanan daripada pelbagai pihak selepas kes berkenaan menjadi tular di laman Facebook (FB).

“Saya akan menjelaskan mengenai apa yang berlaku esok. Buat masa ini kami menerima terlalu banyak tekanan,” katanya seperti yang dipetik portal BH Online.

Terdahulu, Mahkamah Majisterit Seremban membebas tanpa melepaskan Cikgu Azizan daripada pertuduhan mencederakan muridnya, April lalu.

Majistret Mohd Zaki Abd Rahman membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad, memaklumkan pihak pendakwaan menerima arahan Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan berkenaan.

31 Oktober lalu, Azizan yang juga merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas pertuduhan mencederakan anak muridnya dengan sengaja.

Azizan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu dalam laporan Harian Metro, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak, Md Fakarudin Ab Rahman meminta orang ramai tidak terus menyalahkan murid terbabit dan keluarganya.

“Bapa murid terbabit membuat laporan polis apabila diminta pihak hospital berbuat demikian selepas anaknya dibawa mendapatkan rawatan.

“Dia sebenarnya hanya mengikut prosedur undang-undang sehingga kes dibawa ke mahkamah. Bukan bapa murid itu yang menyaman Cikgu Azizan di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, murid berkenaan dan keluarganya sewajarnya diberi peluang untuk meneruskan hidup dengan tenang selepas ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Cikgu Azizankes mahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd