• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Maafkan Pelajar Itu” – Cikgu Azizan

oleh AK-47
19/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Azizan Manap, 44, dilihat mengesatkan air matanya sebaik sahaja dia dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban hari ini, atas pertuduhan mencederakan dengan sengaja seorang murid pada April tahun ini.

Majistret Mohd Zaki Abd Rahman membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelya Muhammad memberitahu bahawa mahkamah telah menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik semula pertuduhan itu.

Lebih 300 penyokong, yang menunggu di luar mahkamah sejak awal pagi tadi, bersorak gembira sebaik sahaja Azizan muncul selepas keputusan itu dibuat oleh majistret.

Azizan, yang lebih dikenali sebagai Cikgu Azizan, berkata dia telah memaafkan murid dan keluarga murid tersebut.

Azizan berkata dia juga berdoa untuk kesejahteraan pelajar pada masa akan datang.

Baca: Kemenangan Berpihak Pada Cikgu Azizan

Juga: Tampar Murid Jahat: NUTP Seru Sokong Cikgu Azizan

“Saya memaafkan pelajar saya, saya tidak mempunyai dendam terhadapnya dan ahli keluarganya, saya berharap dia akan menjadi anak yang baik kepada ibu bapanya,” katanya.

Azizan tiba di mahkamah pada jam 8.30 pagi tadi dan disertai oleh presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abd Razakin serta ahli NUTP yang lain, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam dan Cuepacs, Datuk Azih Muda, serta ahli keluarga dan rakan-rakan guru.

Dia kelihatan tenang walaupun ditengking oleh seorang lelaki, dipercayai sebagai salah seorang anggota keluarga defendan, yang sedang menunggu di luar mahkamah.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah menyokong saya sejak hari pertama. NUTP, ahli keluarga, rakan-rakan guru di seluruh negara dan semua orang, dari lubuk hati saya, terima kasih banyak-banyak.

“Saya mengambil kejadian ini sebagai satu pengajaran dan ia tidak akan meredakan semangat saya untuk terus mendidik pelajar saya untuk membantu mereka menjadi orang yang lebih baik,” katanya kepada New Straits Times.

Azizan, yang merupakan penolong kanan sekolah yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pelajar berkata, dia berharap dapat meneruskan tugasnya sebagai guru.

Mengenai sama ada dia akan kembali ke SK Taman Semarak, Azizan berkata, dia akan membiarkan Kementerian Pendidikan memutuskan perkara itu.

Menurut pertuduhan, Azizan, seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, telah didakwa mencederakan dengan sengaja seorang murid berusia 11 tahun di kawasan perhimpunan sekolah pada 6 April lalu, pada  jam 7 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya pada 31 Oktober lalu di Mahkamah Majistret.

Azizan diwakili oleh peguam Francis Pereira. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Cikgu Azizan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Murid Ditampar Dakwa Diancam Bunuh

22/12/2017
0

SEREMBAN - Keluarga kepada murid lelaki berusia 11 tahun yang ditampar oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) di sebuah...

6 Jam Tunggu, Bapa Murid Tak Muncul-Muncul

20/12/2017
0

SEJAK jam 9 pagi tadi, kira-kira 20 ahli pengamal media menunggu kehadiran bapa murid berusia 11 tahun yang terbabit dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd