• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Jam Tunggu, Bapa Murid Tak Muncul-Muncul

oleh AK-47
20/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK jam 9 pagi tadi, kira-kira 20 ahli pengamal media menunggu kehadiran bapa murid berusia 11 tahun yang terbabit dalam kes Cikgu Azizan di hadapan sebuah sekolah di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Pertemuan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak itu adalah bagi mengadakan sidang akhbar menjelaskan keadaan sebenar berhubung insiden itu seperti yang dijanjikan oleh bapa pelajar terbabit.

Begitupun, media yang menunggu hampir enam jam akhirnya hampa apabila kelibat lelaki berusia 50 tahun yang enggan dikenali itu tidak kunjung tiba.

Difahamkan, bapa kepada pelajar tersebut mengubah fikirannya dan alasan yang diberikan keluarganya masih tertekan dengan keadaan semasa.

Sementara itu wartawan sebuah agensi berita mendakwa lelaki itu berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai bagi satu urusan dan berjanji untuk bertemu wartawan selepas menyelesaikan urusan tersebut.

Malangnya, kelibat lelaki tersebut tetap tidak muncul dan beberapa penggilan telefon yang dibuat juga tidak dijawab.

Kaitan: “Kami Sekeluarga Tertekan” 

Semalam, Mahkamah Majistret Seremban membebaskan tanpa melepaskan Cikgu Azizan atua nama sebenar, Azizan Manap, 44, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Taman Semarak, dari pertuduhan mencederakan muridnya dalam kejadian April lalu.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan menerima arahan dari Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan berkenaan.

Cikgu Azizan semalam lega dan rasa bersyukur dengan keputusan mahkamah dan menyatakan dia tidak akan berdendam dengan anak muridnya itu. Malah dia mendoakan muridnya itu menjadi seorang anak yang baik dan manusia yang berguna. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Cikgu Azizan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Murid Ditampar Dakwa Diancam Bunuh

22/12/2017
0

SEREMBAN - Keluarga kepada murid lelaki berusia 11 tahun yang ditampar oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) di sebuah...

“Kami Sekeluarga Tertekan” – Bapa Murid 11 Tahun

20/12/2017
0

"SAYA belum bersedia, kami sekeluarga menerima terlalu banyak tekanan." Demikian luahan bapa kepada murid lelaki berusia 11 tahun yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd