• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemenangan Berpihak Pada Cikgu Azizan

oleh AK-47
19/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Taman Semarak di Nilai, Negeri Sembilan, Azizan Manap, dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi.

Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid yang dikenali sebagai ‘Cikgu Azizan’ itu sepatutnya memulakan perbicaraan sebelum Majistret Mohd Zaki Abd Rahman mengumumkan keputusan tersebut.

Menurut laporan BH Online, Mohd Zaki memutuskan demikian selepas Jabatan Peguam Negara mengarahkan kes tersebut ditarik balik.

Baca: Tampar Murid Jahat: NUTP Seru Sokong Cikgu Azizan

Di samping itu, duit jaminan sebanyak RM500 turut dikembalikan kepada Azizan.

Pada 31 Oktober lalu, Azizan telah didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan oleh mahkamah yang sama atas pertuduhan mencederakan anak muridnya dengan sengaja.

Menurut dakwaan, Azizan telah menampar seorang murid Tahun Lima yang dikatakan melakukan kesalahan disiplin berat berulang termasuk menghidu gam, ponteng kelas dan membuli pelajar lain di sekolah.

Jika sabit kesalahan, Azizan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Kes tersebut telah mendapat perhatian meluas masyarakat di negara ini termasuklah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) yang turut menghantar wakilya untuk hadir di Kompleks Mahkamah Seremban memberi sokongan moral kepadanya sejak jam 8 pagi tadi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Cikgu Azizan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Murid Ditampar Dakwa Diancam Bunuh

22/12/2017
0

SEREMBAN - Keluarga kepada murid lelaki berusia 11 tahun yang ditampar oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) di sebuah...

6 Jam Tunggu, Bapa Murid Tak Muncul-Muncul

20/12/2017
0

SEJAK jam 9 pagi tadi, kira-kira 20 ahli pengamal media menunggu kehadiran bapa murid berusia 11 tahun yang terbabit dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd