• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Lesen Dialog Axiata Di Sri Lanka Dijangka Selesai

oleh AK-47
19/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

COLOMBO – Dialog Axiata Plc, anak syarikat Axiata Group Bhd dari Malaysia yang beroperasi sebagai sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Sri Lanka, kini mempunyai peluang cerah untuk membuat pelaburan tambahan berjumlah kira-kira US$300 juta di negara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini berikutan isu penangguhan pembaharuan lesen oleh kerajaan Sri Lanka sejak 2015, dijangka dapat diselesaikan secara rundingan antara kerajaan dengan kerajaan.

Beliau berkata masalah pelesenan Dialog Axiata telah dibangkitkan dalam perbincangan dengan Presiden Maithripala Sirisena hari ini dan ketua negara itu telah meminta sebuah jawatankuasa khas dibentuk yang diwakili oleh wakil dari kedua-dua negara sebagai mekanisme untuk menyelesaikan masalah itu dalam masa terdekat.

“Saya melihat ini sebagai satu perkembangan positif. Saya balik nanti kita akan putuskan setelah mendapat pandangan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (mengenai) siapa yang sesuai untuk dilantik (sebagai wakil). Mudah-mudahan, kita dapat selesai dalam masa tidak lama lagi,” katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, Axiata mempunyai kemampuan untuk meningkatkan pelaburan mereka di negara itu.

Najib berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada Presiden dan Ketua Eksekutif Axiata Group Bhd Tan Sri Jamaludin Ibrahim.

Dialog Axiata adalah syarikat pelaburan asing terbesar di Sri Lanka dengan jumlah pelaburan melebihi US$2.2 bilion.

Awal hari ini, Najib mengadakan pertemuan empat mata dengan Sirisena di Istana Presiden sempena lawatan rasminya selama tiga hari ke Sri Lanka yang bermula semalam.

Kedua-dua pemimpin negara itu kemudiannya mengadakan rundingan meja bulat antara kerajaan dan syarikat swasta dan menyaksikan majlis menandatangani beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) di sini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakIsu Lesen Dialog AxiataLee Seow Hiang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd