• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Propa! Gambar Bieber Rupanya Diedit Supaya Nampak Berotot

oleh Ahmad Albab
12/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

INILAH yang dikatakan sebagai kuasa teknologi. Hanya dihujung jari, hampir kesemua perkara dapat direalisasikan walaupun realitinya, ia tidak seperti yang dilihat.

Baru-baru ini pengguna disogokkan dengan gambar penyanyi remaja sensasi, Justin Bieber yang beraksi selaku wajah terbaharu model seluar dalam jenama terkenal, Calvin Klien.

[BACA INI JUGA: Calvin Klien Dikritik Pilih Bieber Sebagai Model ‘Spender’]

Kalau dilihat melalui mata kasar, Bieber kelihatan sangat maskulin dan imej kebudak-budakan yang dibawanya terhakis sama sekali.

Mana taknya, dalam penggambaran tersebut dia tampil tanpa baju, hanya berseluar dalam sambil mempamerkan otot-otot tubuh yang kononnya diperoleh menerusi latihan gym dan makanan tambahan.

rs_634x888-150106143636-634-justin-bieber-calvin-klein.ls.1614

Namun sayangnya wahai para peminat Bieber, anda harus berpijak di bumi yang nyata kerana semua itu didakwa hanya indah khabar dari rupa.

Banyak laman blog hiburan antarabangsa kini, mula menyebarkan sekeping gambar Bieber ketika sesi penggambaran sebelum ia diedit, dipercayai disebarkan satu sumber dalaman yang tidak dikenali.

Dalam gambar tersebut, Bieber kelihatan tidak sebesar yang dipotretkan, malah otot-ototnya tidaklah terlalu menonjol. Malah, ramai juga yang mempertikaikan bahagian sulit Bieber yang juga dikatakan diedit saiznya!

Perkongsian gambar tersebut di laman sosial mengundang kritikan hebat terhadap Bieber dan  jenama Calvin Klien kerana sanggup memanipulasi gambar yang menipu peminat untuk tujuan promosi.

Begitu pun ada juga yang mendakwa, gambar Bieber yang kononnya asli itulah sebenarnya imej yang telah diedit oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan pelantun lagu Baby itu.

Tak pasti dakwaan mana satu yang betul, namun kalau benarlah Bieber tidak seperti yang digambarkan, mungkin peminat Bieber terutama kaum wanita tidak lagi memandang gambar aksi Bieber iklan seluar dalam tersebut dengan pandangan yang ‘sama’ – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Laporan Berita Tentang Gambar Bieber Sebagai Model Calvin Klien Yang Telah Diedit

https://www.youtube.com/watch?v=GSkDR8RZCZQ

Tags: antarabangsahollywoodJustin Bieberpenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Anwar Tonton Konsert ‘Winds of Glory’, Puji Kerjasama SPWinds Bersama Amir Masdi

Anwar Tonton Konsert ‘Winds of Glory’, Puji Kerjasama SPWinds Bersama Amir Masdi

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kejayaan kumpulan orkestra Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds) meraih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd