• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Interpol Batal Notis Merah Bukti Zakir Bukan Ancaman

oleh
18/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RASMI… Tindakan Interpol membatalkan permohonan notis merah dikemukakan India kepada penceramah terkenal, Dr. Zakir Naik membuktikan beliau bukan ancaman kepada keselamatan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, berkata pihaknya bersyukur apabila Zakir, 51, dibebaskan daripada tuduhan jalan kegiatan keganasan seperti didakwa kerajaan India baru-baru ini.

“Perkasa bersyukur Interpol membatalkan notis merah Zakir dan mengarahkan semua pihak memadamkan semua data berkaitan dakwaan palsu terhadap beliau,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuala Lumpur pada Isnin.

Notis merah ialah permintaan sebuah negara untuk jejak dan tahan individu bagi proses ekstradisi yang dikeluarkan organisasi polis antarabangsa berpusat di Perancis itu berdasarkan permintaan negara tertentu atau tribunal global.

Namun, ia bukan waran tangkap sejagat. Jika Interpol menguar-uarkan Notis Merah, individu itu hanya disyaki terbabit jenayah, masih belum dihukum dan dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan oleh pihak mahkamah.

Ibrahim berkata, Agensi Siasatan Kebangsaan (NIA), India menfailkan senarai tuduhan terhadap Zakir bahawa beliau pengaruhi golongan belia konon melakukan keganasan dan ucapan berbaur kebencian pada Oktober lalu.

Baca: Zakir Naik Sah Dapat Kewarganegaraan Arab Saudi?

Juga: India Batal Pasport, Tapi 10 Negara Tawar Kerakyatan

Bagaimanapun ujarnya lagi, langkah terkini Interpol boleh membersihkan nama Zakir yang juga pengasas Yayasan Penyelidikan Islam dan Harmony Media Limited, daripada sebarang tuduhan melulu, prasangka dan fitnah jahat.

Beliau berkata, keputusan Interpol itu semalam sekali gus membuka mata segelintir pihak tertentu yang dikenal pasti sebagai anti-Islam untuk kembali menjernihkan hubungan renggang antara kaum dan agama di negara ini.

Ibrahim berkata, Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P. Waytha Moorthy serta 18 yang lain sepatutnya segera tarik balik dan mengugurkan tuntutan mahkamah terhadap pendakwah kelahiran Mumbai itu.

Zakir atau nama penuhnya Zakir Abdul Karim Naik yang juga pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 peringkat kebangsaan, diberikan taraf sebagai Penduduk Tetap oleh pihak imigresen Malaysia sejak lima tahun lalu.

Beliau yang sering menjelajah ke seluruh dunia untuk berdakwah bagaimanapun dibenci gerakan anti-Islam ekoran kejayaannya mematahkan hujah bukan Muslim ketika berceramah sehingga menyebabkan ramai memeluk Islam.

Ini menyebabkan Zakir pernah menerima ugutan jenayah termasuk ancaman bunuh dengan tawaran ganjaran cukup lumayan jika ada sesiapa yang tampil berjaya memenggal kepalanya itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Zakir Naik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hina Zakir Naik: K Senthivelu Akan Dipanggil Polis

06/01/2020
0

SEREMBAN - Polis akan memanggil Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), K Senthivelu bagi membantu siasatan susulan lima laporan yang diterima...

Soalan Peperiksaan Guna Nama Zakir Naik Tak Salah

06/01/2020
0

SHAH ALAM - Pihak yang mencetuskan kontroversi sehingga mewujudkan provokasi terhadap isu soalan Kursus Hubungan Etnik (UUW235) Universiti Malaysia Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd