• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Jepun Tidur Semasa ‘Berpacaran’, Malas Kahwin

oleh
18/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Selepas masyarakat Jepun dikejutkan dengan kajian terbaharu yang mendapati separuh daripada pasangan berkahwin di negara itu malas bersetubuh, kali ini keadaan jadi lebih teruk!

Kira-kira 60 peratus wanita bujang enggan memulakan hubungan cinta, disebabkan beban kerja makin meningkat, lapor akhbar The Japan Times, memetik tinjauan cocoloni.jp, sebuah agensi khidmat nasihat atas talian tempatan.

Golongan wanita di negara itu sekarang berdepan dengan tugas sama seperti pekerja lelaki. Faktor letih menjadikan wanita lebih memilih untuk berehat sambil menonton drama TV selepas habis bekerja daripada pergi keluar dating.

Cinta di pejabat tidak lagi menarik dan janji temu berpacaran dengan seseorang yang tidak dikenali, malah dianggap sebagai satu tekanan dan membosankan mereka kerana jarang datang hasil memuaskan termasuk bakal berkahwin.

Hasil tinjauan itu juga mendapati, satu daripada empat wanita Jepun mengakui sering kali tertidur berdengkur semasa keluar berpacaran dengan teman lelaki disebabkan keletihan akibat kerja kuat dan kurang masa berehat.

Baca: 1 Daripada 2 Orang Dewasa Jepun Malas Bersetubuh

Juga: Coli ‘Penggera’ Demi Galak Wanita Jepun Aktif Seks

Satu lagi laman sesawang temu janji atas talian, Lovely Media menyatakan bahawa semakin ramai wanita enggan pergi janji temu kerana beranggapan ia sesuatu yang buang masa dan memalukan jika gagal untuk berumah tangga.

Menurut The Japan Times, jika imbau suasana pada 1980-an, lebih 60 peratus golongan muda berusia 20-an di Jepun sudah menjalinkan hubungan cinta secara serius, walhal pada hari ini kumpulan itu menjadi minoriti pula.

“Waktu kerja lebih pendek, jaminan cuti bersalin termasuk untuk bapa, dan pengurangan suasana yang tidak berapa berangsang, dilihat masih jauh dalam membantu wanita bagi lebih memikirkan soal cinta,” menurut laporan itu.

Ini mengakibatkan kadar kelahiran bayi jatuh teruk dan beri kesan kepada jumlah penduduk. Kerajaan Jepun yang bimbang senario itu mula menggalak pasangan muda segera berkahwin dan kerap bersetubuh untuk aktif beranak.

Namun, budaya konservatif masyarakat tempatan menyebabkan sesiapa yang balik kerja agak awal dianggap sebagai pemalas, sekali gus ramai rela pulang lewat malam demi mengelak persepsi negatif. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Japanjepun
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Jepun hari ini digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, mencetuskan panik di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd