• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Cadang Ketum Ubat Sakit, Pulih Tagih Dadah

oleh
17/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Kerajaan tidak bercadang menjadikan ketum sebagai ubat tahan sakit atau rawatan ketagihan dadah, walaupun struktur dan molekul tumbuhan itu terbukti menyerupai morfin.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya, berkata ia berdasarkan masalah salah guna ketum yang berleluasa dalam kalangan masyarakat hingga menyebabkan pelbagai kesan sampingan kepada pengguna.

Kesan sampingan penyalahgunaan ketum juga menyerupai penagih morfin yang menjejaskan hati dan sistem imunisasi individu terbabit, selain kulit wajah kelihatan berwarna kuning dan pucat jika minum airnya secara berlebihan.

“Kita juga bercadang menggubal Akta Racun 1951 yang diguna untuk menyelia aktiviti berkaitan ketum dengan menitikberatkan dan menambah elemen larangan penanaman tumbuhan ini secara komersil, tahun hadapan.

“Ia kini sudah di peringkat akhir dan dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada sidang seterusnya. Bagaimanapun, kelonggaran diberikan kepada pihak penyelidik dengan kelulusan penanaman ketum perlu diperoleh secara terus daripada Menteri Kesihatan.

“Justeru, saya ulangi pendirian bahawa tiada cadangan menggunakan ketum sebagai ubat,” katanya selepas menyerahkan sumbangan kelengkapan sekolah kepada 200 murid pada Program Back to School anjuran Tenaga Nasional Berhad di sini, hari ini.

Khamis lalu, Profesor Pusat Pengajian Sains Farmasi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Sharif Mahsufi Mansor, mendedahkan ketum atau ‘Mitragyna Speciosa‘ berpotensi menjadi ubat tahan sakit dan rawatan dadah.

Beliau dilapor berkata, ketum berpotensi menggantikan methadone bagi mengubati masalah ketagihan dadah bagaimanapun, mengakui masih belum ada ujian klinikal untuk membutikannya serta tiada data saintifik menunjukkan ia selamat digunakan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Hilmi Yahayaketum
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

14/10/2025
0

Ranau: Taktik seorang lelaki menjadikan reban ayam sebagai tempat memproses air ketum terbongkar selepas diserbu sepasukan polis di Kampung Dumpiring,...

ATM Rampas 700kg Ketum

ATM Rampas 700kg Ketum

23/06/2024
0

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd