• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kubang Pasu Tahan 78 PATI Di Kedah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Polis Daerah Kubang Pasu menahan 78 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dan Bangladesh serta tiga tekong tempatan dalam tempoh 31 Disember 2014 hingga semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Rahim Abdullah berkata, 57 lelaki dan 11 wanita warga Myanmar serta empat warga Bangladesh ditahan dalam serbuan berasingan di beberapa lokasi sekitar daerah itu.

Beliau berkata, dalam serbuan itu juga pihaknya turut menahan lima kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan serta dua lelaki tempatan berusia 26 dan 33 tahun dan seorang remaja perempuan, 16, yang melindungi PATI.

Hasil siasatan polis menunjukkan kedua-dua tekong lelaki itu menerima antara RM150 hingga 200 bagi urusan menyeludup masuk dan keluar PATI melalui Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam.

“Ketiga-tiga mereka akan disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Pindaan 2010) dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 15 tahun, denda atau kedua-duanya sekali,” katanya pada sidang akhbar di IPD Kubang Pasu, hari ini. – BERNAMA

Tags: Patipolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd