• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IGP Nafi Amedy Dan Hayat Pernah Masuk Malaysia

oleh AK-47
12/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan khabar angin mengatakan suspek, Amedy Coulibaly, 32, yang ditembak mati dalam satu serbuan ke atas sebuah pusat percetakan dan pasar di Paris pernah memasuki Malaysia sebelum ini.

Selain itu, Khalid menerusi laman mikro Twitter, turut menafikan kehadiran seorang lagi suspek yang bersama-sama Amedy, Hayat Boumeddiene, 26, di Malaysia sebelum ini.

khalidd

Pihak polis Perancis menembak mati dua suspek serangan berdarah Charlie Hebdo, Said Kouachi, 34, dan Cherif Kouachi, 32, selepas polis mengepung sebuah kawasan industri yang dipercayai dijadikan tempat persembunyian mereka.

This combo shows handout photos released
Cherif dan Said Kouachi, suspek serangan tembakan Charlie Hebdo mati ditembak polis.

Amedy ditembak mati sementara Hayat dapat meloloskan diri dalam serbuan yang dilakukan pihak berkuasa.

Amedy dan Hayat merupakan suspek serangan ke atas seorang anggota polis wanita dan seorang awam, Khamis lalu, sehari selepas Said dan Cherif menyerang Charlie Hebdo yang mengorbankan 12 nyawa termasuk dua anggota polis.

amedy1
Amedy (kiri) mati ditembak polis sementara Hayat dapat meloloskan diri daripada serbuan pihak polis Perancis.

Charlie Hebdo, penerbitan akhbar mingguan satirikal sebelum ini dikenali sebagai akhbar yang sering memaparkan kartun berbaur provokasi anti Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW.

Malaysia sebelum ini disyaki menjadi antara negara yang giat memperjuangkan aktiviti pengganas seperti yang didakwa media antarabangsa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Charlie HebdoPerancispolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd