• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: “Kau Yang Salah, Nak Tunjuk Samseng Pulak”

oleh AK-47
17/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TULAR menerusi media sosial video seorang lelaki yang berlagak samseng cuba mengancam dan merosakkan kereta pengguna jalan raya yang lain.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.13 petang semalam di Klang, Selangor, mangsa yang dalam perjalanan menuju ke destinasinya secara tiba-tiba dihalang ketika cuba melalui sebuah bulatan jalan raya.

Berdasarkan rakaman berdurasi satu minit 30 saat, pemandu Proton Wira berwarna hitam itu pada mulanya dilihat memasuki bulatan berkenaan tanpa mempedulikan kereta mangsa yang terlebih dahulu melaluinya.

Ini membuatkan mangsa terpaksa melakukan brek secara mengejut bagi memberikan ruang jalan kepada pemandu Wira terbabit.

Bagaimanapun, difahamkan berlaku sedikit pergeseran di antara kedua buah kenderaan tersebut yang dipercayai berpunca daripada tindakan pemandu Proton Wira itu sendiri.

Lelaki itu kemudian dilihat keluar dari kenderaan dan terus mengajak mangsa keluar dari kereta untuk selesaikan masalah yang timbul.

Namun mangsa tidak mengendahkan arahan lelaki terbabit dan menekan bunyi hon bagi meminta lelaki itu beredar.

Berang dengan tindakan mangsa, lelaki itu kemudian dilihat mengambil sesuatu objek yang dipercayai kayu hoki untuk mengancam mangsa.

Lelaki terbabit berulang kali memaksa mangsa keluar dari kereta untuk selesaikan masalah yang timbul tetapi mangsa tidak mengendahkan arahan lelaki terbabit.

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan pemandu lelaki itu yang berlagak samseng sedangkan dirinya yang melanggar peraturan lalu lintas.

“Ini orang suka ambil kesempatan walhal diri dia sendiri yang salah. Baru masuk bulatan, lagi nak turun sound orang? Kena utamakan siapa yang berada dalam bulatan. Tak ada ambil exam L ke dulu?

“Tak kisahlah kau warna apa, bangsa apa, kalau nak dihormati, perlu hormati orang lain juga,” kata Shazleen Ibrahim. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Samseng Jalanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Kota Setar Tahan 367 Samseng Jalanan

Polis Kota Setar Tahan 367 Samseng Jalanan

01/01/2023
1

ALOR SETAR : Sekumpulan penunggang motosikal menyambut Tahun Baharu 2023 dengan melakukan pelbagai aksi berbahaya di Jalan Pegawai di sini...

Pantau, Banteras Samseng Jalanan Di Pulau Pinang Berterusan

Pantau, Banteras Samseng Jalanan Di Pulau Pinang Berterusan

09/09/2022
0

Georgetown : Sebanyak 119 motosikal disita kerana disyaki terbabit dalam aktiviti samseng jalanan menerusi operasi dan pemantauan yang dijalankan polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd