• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Disiasat Kerana didakwa Hina Islam Di Facebook

oleh Ahmad Albab
18/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Seorang guru sekolah rendah di sini disiasat oleh polis kerana dipercayai memuat naik satu komen di Facebook yang dikatakan telah menghina umat Islam ketika memberikan komen berkaitan Islam dan Baitulmuqqadis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata setakat ini dua laporan polis dibuat di Kuching dan di sini selepas komen guru lelaki itu menjadi tular.

“Kami sudah mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang menggunakaan nama Raph Binsing dan akan memanggilnya untuk soal siasat,”katanya kepara Bernama ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, polis menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kegusaran terhadap awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana mendatangkan khianat awam.

Komen Raph Binsing mengenai Islam dan pengiktirafan Baitulmuqaddis oleh Amerika Syarikat sebagai ibu negara baharu Israel telah mengundang kemarahan netizen.

Sementara itu, semasa mengakses akaun Facebook itu, didapati pemiliknya telah memohon maaf atas komen itu dan menyatakan rasa kesal kerana menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini termasuk rakan-rakan dan sanak saudaranya.

Katanya, beliau telah menyerahkan diri kepada polis. – BERNAMA

Tags: Guruhina islam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd