• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

78 PATI Ditahan Imigresen Di Pulau Pinang

oleh Ahmad Albab
18/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan 78 warga asing termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dalam Ops Ikrar yang dijalankan di sekitar Seberang Jaya, Butterworth dan George Town semalam.

Jurucakap JIM Pulau Pinang berkata hasil maklumat awam dan risikan, pihaknya menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan, kilang, gerai dan kedai makan di kawasan berkenaan bermula 1 pagi hingga 2 petang semalam.

“Dalam operasi di Taman Desa Sembilang, Seberang Jaya di sini, seramai 140 warga asing dari pelbagai negara diperiksa dan 15 daripada mereka ditahan kerana pelbagai kesalahan menurut Akta Imigresen.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 10 orang lelaki rakyat Bangladesh, tiga termasuk dua wanita rakyat Indonesia serta masing-masing seorang lelaki Myanmar dan Nepal. Kami juga menjalankan siasatan terhadap pemilik rumah kerana menyewa kepada pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya di sini, hari ini.

Dalam operasi di sebuah kilang memproses barangan plastik di Jalan Bagan Lalang, Butterworth pula, pihaknya menahan 16 PATI terdiri daripada 10 lelaki Vietnam serta masing-masing tiga lelaki Nepal dan Bangladesh yang bekerja di situ.

Jurucakap itu berkata pemeriksaan mendapati mereka tiada dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa serta menyalah guna pas lawatan sosial.

Anggota penguatkuasaan JIM Pulau Pinang turut menjalankan pemeriksaan di lima lokasi gerai serta kedai termasuk trak makanan di kawasan Perai dan menahan 21 warga asing kerana tiada dokumen perjalanan diri.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada lapan lelaki Bangladesh, enam termasuk dua wanita Myanmar, lima wanita Indonesia serta seorang lelaki Nepal. Lima majikan mereka yang merupakan warga tempatan turut ditahan,” katanya.

Beliau berkata pemeriksaan di kawasan George Town pula membabitkan gerai, kedai makan, restoran dan pusat hiburan di mana 26 PATI termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditahan kerana pelbagai kesalahan menurut Akta Imigresesn.

Mereka terdiri daripada enam wanita dan seorang kanak-kanak perempuan Indonesia, lima termasuk dua wanita Myanmar, lima lelaki Nepal, lima lelaki Bangladesh dan empat wanita Vietnam. “Seramai lima majikan mereka yang merupakan warga tempatan turut ditahan kerana mengaji warga asing tanpa dokumen yang sah,” katanya.

Semua warga asing itu, yang berusia antara tiga tahun hingga 50 tahun, dibawa ke Depot Tahanan Juru untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: ImigresenPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd