• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Betul Ke Anwar Enggan Tun M Jadi Calon PM?

oleh
18/12/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH… Desas-desus kedengaran dari kem PKR bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘tolak’ hasrat blok itu menamakan Tun Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri yang berikutnya.

Menurut portal AgendaDaily, isu timbul 10 hari selepas bekas negarawan itu mengeluarkan saranan tersebut tetapi Anwar mahupun PKR masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan cadangan pelik berkenaan.

Ironi, semua maklum malahan terkejut apabila idea Mahathir itu disokong oleh DAP dan PAN selain PPBM yang dicipta beliau, sekali gus melakar rekod sejarah sebagai ketua kerajaan tertua di dunia jika pembangkang berjaya!

Persoalan berkaitan turut menarik perhatian Presiden Salute Malaysia, Datuk Rizal Mansor apabila membangkitkan persoalan mengapa Anwar sendiri tidak memberikan apa-apa reaksi berhubung pengumuman lucu Mahathir itu.

Bahkan kata Rizal lagi, sikap sepi Anwar ini juga menandakan keretakan kecil makin parah dalam Pakatan Harapan yang belum sah didaftarkan Jabatan Pendafaran Pertubuhan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

“Apakah Anwar sudah tahu rancangan Mahathir untuk lantik anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai perdana menteri selepas beliau mengisinya untuk setahun sahaja dengan Anwar pula akan dikira sudah begitu tua pada ketika itu.

“Apakah sikap menyepi Anwar itu juga menandakan keretakan yang semakin parah dalam Pakatan Harapan menjelang PRU ke-14, setelah semua orang tahu DAP tidak lagi menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

“Sebaliknya tiga parti tersebut semakin cenderung kepada bekas musuh Anwar iaitu Mahathir sendiri untuk ganti Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Rizal dalam satu kenyataan yang dipetik AgendaDaily kelmarin.

Rizal juga mendakwa bahawa DAP dan PPBM sedang ‘bergasak’ dalam menamakan calon menteri di portfolio utama Kabinet antaranya Kementerian Kewangan serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Itu belum termasuk isu ‘perebutan’ yang bakal berlaku dalam jawatan ketua menteri Pulau Pinang jika Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dimasukkan ke dalam penjara sekali lagi ekoran skandal banglo murahnya tahun depan.

“Khabarnya DAP hendak pertahan jawatan tersebut namun PKR sudah kemaruk mahu menduduki kerusi tersebut jika Pakatan Harapan berjaya mempertahankan Pulau Pinang pada PRU akan datang,” kata Rizal lagi.

Baru-baru ini Pakatan Harapan telah menamakan Mahathir, 92, sebagai pilihan calon perdana menteri dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula timbalan perdana menteri konon untuk tempoh sementara sahaja.

Sebelum ini, pemimpin pembangkang bersepakat melantik Anwar sebagai perdana menteri jika Pakatan Harapan konon berjaya menguasai Malaysia daripada Barisan Nasional diterajui UMNO. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Video bawah sekadar hiasan…

Tags: Anwar Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

Malaysia Sebenarnya Import Lebih Banyak Minyak Berbanding Eksport – PM Anwar 

22/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Meskipun Malaysia negara pengeluar minyak, tetapi Malaysia sebenarnya mengimport lebih banyak minyak berbanding yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd