• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tasik Di USM Berpotensi Selesai Masalah Banjir

oleh Ahmad Albab
17/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Tasik Aman dan Tasik Harapan di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini dilihat berpotensi dalam menyelesaikan masalah banjir, kekotoran sumber air dan ketidakcukupan bekalan air untuk kegunaan harian di kawasan sekitar.

Pengarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) USM, Prof Dr Nor Azazi Zakaria berkata untuk tujuan berkenaan, kedua-dua tasik itu yang dibina daripada sebahagian Sungai Gambir, harus diubah suai dan dijadikan kolam takungan dengan keseluruhan projek memerlukan sekitar RM6 juta.

“Kita kini dalam proses terakhir mengenal pasti ‘filter’ yang sesuai untuk merawat keadaan air bawah tanah (di kedua-dua tasik). Ini bagi membolehkan air diguna pakai untuk seluruh kampus dan jika kita (REDAC) berjaya, kita dapat jimatkan bil air sebanyak RM600,000 setahun,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Katanya sistem kolam takungan yang diwujudkan itu juga membolehkan limpahan air dari Sungai Gambir disalurkan ke kolam berkenaan sebelum dialirkan keluar, sekali gus menangani masalah banjir di kawasan kampus serta di sekitar Sungai Dua dan Batu Uban.

Nor Azazi berkata pada masa ini, kedua-dua tasik itu tidak berfungsi dengan baik disebabkan reka bentuknya bukan untuk menampung air bagi mitigasi banjir selain keadaan air yang tidak mengalir keluar seperti sepatutnya.

Dari segi sistem ekologi air, semakin jauh air mengalir kualitinya akan lebih baik di samping meningkatkan kadar oksigen terlarut, katanya.

“Jika kita dapati air di dalam tasik itu berwarna tertentu, ia sebenarnya telah mati (tidak berfungsi),” katanya.

Pensyarah kejuruteraan geoteknikal itu berkata perancangan REDAC ialah meningkatkan kualiti air di kedua-dua tasik tersebut sekurang-kurangnya ke kelas dua.

“Inilah peluang terbaik, jika kita dapat dana sekurang-kurangnya RM6 juta, kemungkinan besar kita dapat wujudkan satu sistem yang menarik yang boleh menyelesaikan ketiga-tiga isu yang saya nyatakan tadi.

“Saya berharap pihak-pihak berwajib sama ada kerajaan negeri, kerajaan persekutuan mahupun badan-badan bukan kerajaan yang berminat boleh menjadi rakan kongsi untuk melancarkan projek ini pada bila-bila masa,” katanya.

Katanya REDAC turut menjalinkan hubungan rapat dengan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik , Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) dalam usaha mengumpul dana tersebut.

Pada masa sama, Nor Azazi berkata USM juga dalam usaha menjadikan Tasik Aman dan Tasik Harapn sebagai produk ekopelancongan yang mempunyai sistem saliran berteknologi tinggi dan sistematik.

“Kita juga akan wujudkan tanaman-tanaman berbentuk mikro di pinggir-pinggir tasik bagi menggalakkan kehidupan akuakultur yang boleh mengundang pelbagai plankton dan sebagainya yang seterusnya dapat menjadikan tasik itu hidup kembali,” katanya.

Tasik Harapan yang berkeluasan 0.8 hektar manakala Tasik Aman pula berkeluasan 0.6 hektar itu terletak berdekatan dengan Masjid USM dan kawasan pembangunan di Sungai Dua, di sini. – BERNAMA

Tags: BanjirUSM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd