• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 20 Juta Guna MRT Sg. Buloh-Kajang Sejak Setahun

oleh Ahmad Albab
17/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 20 juta pengguna telah menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang sejak ia mula beroperasi 16 Disember tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata hasil maklum balas orang awam termasuk di media sosial menunjukkan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan pengangkutan awam itu dalam melancarkan pergerakan mereka.

“Apa yang penting ialah melihat peningkatan trend positif dalam penggunaannya… ia juga bukti bahawa pelaburan kerajaan dalam pengangkutan awam memberikan manfaat kepada rakyat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, Azmi dan Pengerusi Prasarana, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengiringi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan meninjau jaringan pengangkutan awam berasaskan rel termasuk MRT, Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel.

Turut berkenan berangkat Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Jajaran pertama yang dilaksanakan untuk projek MRT Lembah Klang adalah jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dengan jarak 51km.

Fasa pertama MRT Sungai Buloh-Kajang merangkumi laluan Sungai Buloh-Semantan mula beroperasi pada 16 Disember 2016 manakala fasa kedua melibatkan laluan Semantan-Kajang beroperasi sejak 17 Julai lepas. – BERNAMA

Tags: MRT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd