• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Terjejas Banjir Disaran Mohon Bantuan Kerajaan

oleh Ahmad Albab
10/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peniaga yang terjejas akibat banjir dinasihatkan memohon untuk mendapatkan geran atau pinjaman mudah yang disediakan oleh kerajaan bagi membina semula perniagaan mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong berkata mereka boleh mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan seperti SME Corp Malaysia atau Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) yang mewujudkan peruntukan untuk tujuan tersebut.

“Jika terdapat kemusykilan para peniaga boleh berhubung dengan agensi berkaitan sekiranya ingin mendapatkan bantuan,” katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan berjumlah RM300,000 untuk mangsa banjir daripada Pengarah Urusan Kumpulan Axisjaya Datuk Benny Hoe di sini hari ini.

SME Corp Malaysia baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi Dana Kecemasan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sebagai inisiatif untuk membantu usahawan kecil dan sederhana yang terlibat dengan musibah banjir.

Dana tersebut ditawarkan dalam bentuk geran serta pinjaman mudah, dengan kerjasama MIDF.

Sementara itu, Wee, yang juga Timbalan Presiden MCA berkata, parti itu telah menyumbang keperluan sekolah termasuk uniform bernilai RM330,000 kepada
beberapa buah sekolah yang terjejas akibat banjir di Kelantan.

Beliau berkata bantuan yang diberikan itu adalah untuk mengisi keperluan pelajar dan peralatan sekolah yang akan memulakan sesi persekolahan 2015 esok.

“Seperti contoh semalam, MCA sudah membantu mendapatkan PA sistem di beberapa sekolah untuk kegunaan mereka,” katanya.

Katanya, bantuan diberikan MCA bukan hanya kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, tetapi juga kepada semua jenis sekolah yang memerlukan bantuan segera. – BERNAMA

Tags: Banjirpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd