• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertanian Haram Di C.Highlands Dibanteras Habis-Habisan

oleh Ahmad Albab
10/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Pertanian yang diusahakan secara haram di Cameron Highlands akan dibanteras secara habis-habisan meskipun terdapat usaha oleh pendatang tanpa izin (PATI) meneruskan aktiviti itu dengan membuka ladang baharu, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel.

Beliau berkata ladang golongan terbabit akan dimusnah oleh pihak berkuasa yang menjalankan operasi menggempur tanah pertanian haram secara besar-besaran di kawasan tanah tinggi itu.

“Kita tidak mempunyai masalah dengan ladang yang dibuka secara sah…apa yang kita tidak mahu ialah ladang haram yang masih berleluasa di sini. Ini menjadi satu masalah besar walaupun pihak berkuasa menjalankan operasi tetapi mereka masih tidak takut,” katanya.

Palanivel berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 80 mangsa banjir lumpur membabitkan peruntukan sebanyak RM129,000 di Dewan Orang Ramai Ringlet hari ini.

Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada 5 Nov lepas mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan.

Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa terdapat usaha oleh PATI yang tidak takut dengan operasi besar-besaran pihak berkuasa apabila mereka meneruskan aktiviti penerokaan tanah secara haram dengan membuka ladang baharu di kawasan tanah tinggi itu.

Taktik terbaharu penerokaan itu terbongkar apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) menemui ladang-ladang terselindung hasil maklumat masyarakat tempatan yang dianggar berkeluasan 500 hektar di lereng bukit dengan menggunakan kaedah penanaman ‘barn’ atau gemburan tanah berbanding pemasangan struktur pelindung plastik bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Dalam perkembangan lain, Palanivel akan berbincang secara terperinci dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk melaksanakan kerja-kerja mendalamkan sungai dan projek tebatan banjir bagi mengatasi masalah bencana itu yang berlaku di beberapa negeri.

“Kita akan usaha mendapatkan peruntukan yang bersesuaian untuk melaksanakan projek tersebut. Ia bertujuan memastikan kedua-dua projek berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata perbincangan lanjut berhubung peruntukan terbabit akan diadakan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. – BERNAMA

Tags: Cameron HighlandsG.Palanivel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

Agong Titah Kajian Semula Projek Pembangunan Di Cameron Highlands

06/01/2023
0

CAMERON HIGHLANDS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kajian semula dijalankan ke atas semua projek pembangunan...

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Ditutup, Belum Selamat

17/04/2022
0

Ipoh : Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 di sini masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd