• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Terengganu Mohon 400 Anggota Tambahan Hadapi PRU14

oleh AK-47
15/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS — Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu memohon 400 anggota tambahan daripada Bukit Aman bagi mengukuhkan aspek keselamatan semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata pihaknya juga sedang menunggu beberapa lagi keperluan lain termasuk peralatan pertahanan untuk digunakan semasa pilihan raya itu nanti.

Selain itu, katanya, seramai 2,500 anggota polis Terengganu diarah bersiap siaga bagi menghadapi PRU14.

“Bagi memastikan kesiapsiagaan dalam menghadapi PRU14, PDRM mengadakan latihan ‘EX-UNDI PER PRU14 dan ia diadakan serentak di seluruh negara melibatkan semua unit PDRM bersama jabatan serta agensi berkaitan,” katanya selepas sesi latihan itu di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak hari ini.

Seramai 44 pegawai dan 450 anggota polis Terengganu menjalani latihan itu.

Latihan itu bertujuan memberi gambaran kepada anggota dan orang awam akan situasi yang mungkin berlaku dalam tempoh kemuncak PRU14 bermula dari tarikh pembuangan undi hingga keputusan diumumkan.

Agensi lain yang turut menjayakan latihan itu ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kesihatan dan seluruh Pejabat Daerah negeri Terengganu. -BERNAMA

Tags: PRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd