• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ujang Anggap Keajaiban Pawagam Mula Penuh

oleh AK-47
14/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Keajaiban demi keajaiban berlaku pada JIBAM'” kata legenda dunia kartunis tanah air, Ujang.

Menurut beliau, selepas hampir tersingkir di minggu pertama tayangan filem itu, beberapa pawagam kini mula penuh dengan penonton.

“Rakan-rakan artis, penggiat filem dan pengkritik bergabung menyokong JIBAM dengan mengenepikan sisi berbeza hingga JIBAM berjaya bertahan untuk seminggu lagi.

“Terbaru Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara tempah satu dewan untuk tayangan filem JIBAM di MM Cineplex Damansara. Filem JIBAM disambung seminggu lagi di Pawagam,” katanya di Facebook hari ini.

Mynewshub beberapa hari lalu melaporkan luahan Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon mengenai nasib filem diadaptasi daripada novel beliau yang pernah popular sekitar tahun 1980-an dan 1990-an itu hampir tersungkur.

Ia ekoran filem itu kurang mendapat sokongan penonton filem Melayu menyebabkan pihak pawagam mahu menamatkan tayangan wajib filem berkenaan walaupun baru beberapa hari ia dipertontonkan di pawagam.

Novel JIBAM bukan karya asing buat rakyat Malaysia yang membesar sekitar tahun 1980-an dan 1990-an iaitu pada waktu buku merupakan bahan bacaan utama masyarakat negara ini.

Naskhah tentang kisah kanak-kanak istimewa atau nama panggilannya Jibam mencungkil kehidupan dan keistimewaan termasuk keupayaan untuk menyembuhkan penyakit di sebalik pandangan sepi masyarakat ke atasnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JibamUjang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Kan Den Dah Kobaaaaaaa………!!!”

30/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Legenda dunia kartunis tanah air, Ibrahim Anon atau Ujang kecewa kerana filem yang diadaptasi daripada novel beliau,...

Filem JIBAM Kurang Sambutan?

11/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Legenda dunia kartunis tanah air, Ujang pernah mengharapkan filem JIBAM yang bakal ditayangkan di pawagam mendapat sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd