Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Zahid Mohon Tangguh Prosiding...

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding membela diri dalam...

Yang Di-Pertuan Agong Berkenan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Isteri Tikam Suami Hingga...

KUANTAN - Pertengkaran sepasang suami isteri, disyaki berpunca daripada persaraan cemburu, berakhir tragis...

Menteri Disindir Baru Tahu...

AKIBAT menunjukkan kekaguman pada kereta api rel MRT tanpa pemandu, Menteri Wilayah, Khalid...

Ujang Anggap Keajaiban Pawagam Mula Penuh

KUALA LUMPUR – “Keajaiban demi keajaiban berlaku pada JIBAM'” kata legenda dunia kartunis tanah air, Ujang.

Menurut beliau, selepas hampir tersingkir di minggu pertama tayangan filem itu, beberapa pawagam kini mula penuh dengan penonton.

“Rakan-rakan artis, penggiat filem dan pengkritik bergabung menyokong JIBAM dengan mengenepikan sisi berbeza hingga JIBAM berjaya bertahan untuk seminggu lagi.

“Terbaru Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara tempah satu dewan untuk tayangan filem JIBAM di MM Cineplex Damansara. Filem JIBAM disambung seminggu lagi di Pawagam,” katanya di Facebook hari ini.

Mynewshub beberapa hari lalu melaporkan luahan Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon mengenai nasib filem diadaptasi daripada novel beliau yang pernah popular sekitar tahun 1980-an dan 1990-an itu hampir tersungkur.


Ia ekoran filem itu kurang mendapat sokongan penonton filem Melayu menyebabkan pihak pawagam mahu menamatkan tayangan wajib filem berkenaan walaupun baru beberapa hari ia dipertontonkan di pawagam.

Novel JIBAM bukan karya asing buat rakyat Malaysia yang membesar sekitar tahun 1980-an dan 1990-an iaitu pada waktu buku merupakan bahan bacaan utama masyarakat negara ini.

Naskhah tentang kisah kanak-kanak istimewa atau nama panggilannya Jibam mencungkil kehidupan dan keistimewaan termasuk keupayaan untuk menyembuhkan penyakit di sebalik pandangan sepi masyarakat ke atasnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori