• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAB Dipilih Syarikat Penerbangan Utama ASEAN

oleh AK-47
14/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Berhad (MAB) dipilih menerima anugerah Syarikat Penerbangan ASEAN terkemuka di Indonesia pada majlis Indonesia Travel Tourism Awards (ITTA) 2017/18.

Syarikat penerbangan kebangsaan itu yang memaparkan pelbagai jenama pelancongan yang mengagumkan di seluruh industri pelancongan di Indonesia, adalah antara 160 calon dalam 50 kategori.

Pengurus Rantau Asia Tenggara MAB, Yuzrizal Mohd Yousuf menerima anugerah berkenaan bagi pihak syarikat.

Mengulas mengenai kemenangan itu, Ketua Pegawai Komersial MAB, Arved von Zur Muehlen berkata syarikat penerbangan itu amat berbesar hati diberikan penghargaan berkenaan oleh Yayasan ITTA Indonesia.

“Kami kini mengendalikan 49 penerbangan mingguan ke Jakarta, 21 kali seminggu ke Denpasar Bali, 14 kali seminggu ke Medan dan paling baru menambah penerbangan berjadual tujuh kali seminggu ke Surabaya.

“Dengan kemenangan ini, kami gembira untuk meraikan dan mengukuhkan lagi hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia, dua negara yang berkongsi budaya, makanan dan bahasa sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anugerah berkenaan yang dianjurkan oleh Yayasan ITTA, memberi penghargaan kepada peserta industri pelancongan dan hospitaliti yang cemerlang yang memenuhi harapan dan kualiti hospitaliti, di samping menjadi model bagi industri pelancongan yang pesat berkembang.

Pesaing termasuk jenama hotel terkemuka, syarikat penerbangan dan resort mewah. – BERNAMA

Tags: MAB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Airlines Tawar Cuti Tanpa Gaji 13,000 Kakitangan

12/03/2020
0

SHAH ALAM - Seramai 13,000 kakitangan Malaysia Airlines Berhad diminta mengambil cuti tanpa gaji susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang...

Khazanah Nasional Teruskan Kerjasama Dengan MAB

02/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd. hari ini berkata, ia akan terus bekerjasama dengan kerajaan dan Malaysia Airlines (MAB) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd