• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PTPTN Kutip Balik RM3.4 Bilion Setakat Okt Lalu

oleh AK-47
14/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah kutipan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meningkat kepada RM3.4 bilion setakat Oktober lepas berbanding RM1.5 bilion bagi tempoh sama pada 2015.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata peningkatan itu disumbangkan antaranya oleh keberkesanan kempen #BolehBincang yang dilaksanakan PTPTN.

“Jumlah pengeluaran pinjaman PTPTN setakat Oktober lalu ialah sebanyak RM3 bilion berbanding RM3.9 bilion pada 2015,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata seramai 4,545 peminjam PTPTN telah menikmati pengecualian bayaran balik pinjaman di atas penganugerahan ijazah kelas pertama setakat Oktober lalu, masing-masing 2,733 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan 1,812 orang pelajar institusi pengajian tinggi swasta.

Mengulas cadangan Senator Datuk Hanafi Mamat agar PTPTN tidak terlampau serius terhadap peminjam dengan menyekat perjalanan ke luar negara, Yap berkata ia merupakan langkah terakhir dan hanya melibatkan peminjam yang tidak membuat bayaran balik mengikut jadual selepas 18 bulan tamat pengajian.

Sementara itu, Yap menafikan dakwaan Senator Dr Mohd Nor Monutty bahawa kementerian berkenaan mengabaikan kebajikan pensyarah kerana golongan itu menerima skim terbaik dalam perkhidmatan awam dengan kelebihan seperti kenaikan pangkat secara merit tanpa perlu mengisi kekosongan jawatan, tidak seperti skim perkhidmatan awam lain.

Bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Fahariyah Md Nordin mengenai langkah memperkukuh kerjaya pensyarah, Yap berkata kementerian berkenaan telah membangunkan empat laluan kerjaya pensyarah melibatkan penyelidikan, pengajaran, profesional dan kepimpinan institusi.

Justeru, selain mengajar pensyarah turut digalakkan menjalankan penyelidikan untuk kecemerlangan dan kesarjanaan; selain geran yang disediakan kerajaan bagi penyelidikan yang berimpak tinggi, katanya.

Selain itu, Yap berkata kajian semula elaun kritikal bagi pensyarah bidang tertentu perlu diteliti semula oleh Jabatan Perkhidmatan Awam secara menyeluruh yang turut melibatkan skim perkhidmatan lain. – BERNAMA

Tags: PTPTN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd