• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

239 Ibu Sawat Perkhidmatan Jalur Lebar Siap 2019

oleh Ahmad Albab
13/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 239 ibu sawat bagi projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Fasa 1 dan 2 serta Jalur Lebar Pinggir Bandar di seluruh negara akan siap secara berperingkat sehingga 2019, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.

Daripada jumlah itu, 66 ibu sawat terletak di Sarawak manakala 35 terletak di Sabah, katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 bagi kementeriannya di Dewan Negara di sini hari ini.

Jailani berkata di bawah inisiatif peluasan liputan jalur lebar mudah alih pula, sebanyak 1,628 menara komunikasi baharu telah dibina di seluruh negara manakala 172 menara lagi dalam peringkat pelaksanaan.

“Selain itu, sebanyak 3,786 menara sedia ada telah dinaik taraf kepada perkhidmatan jalur lebar mudah alih 3G dan 4G, manakala 409 menara lagi masih dalam peringkat pelaksanaan,” katanya.

Di Sarawak, sebanyak 1,256 menara komunikasi baharu dan menara sedia ada telah siap dinaik taraf manakala 89 menara masih dalam peringkat pelaksanaan, katanya.

Mengenai pemerkasaan industri kreatif, Jailani berkata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) melalui sistem pelesenan secara dalam talian telah memberi manfaat kepada 8,000 pemegang lesen dengan potensi pendapatan kepada kerajaan berjumlah RM2.1 juta setahun.

Pada tahun ini setakat ini, nilai eksport kandungan kreatif tempatan adalah kira-kira RM75 juta, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Jailani Johari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilihan UMNO: Jailani Tawar Diri Tanding Ahli MKT

Pemilihan UMNO: Jailani Tawar Diri Tanding Ahli MKT

01/03/2023
0

KUALA TERENGGANU: Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari menawarkan diri bertanding Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT)...

Hormati Keputusan Jailani Letak Jawatan – Razif

20/05/2018
0

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menghormati pendirian Datuk Seri Jailani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd