• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Ucap Takziah Kepada Ketua Polis Negara

oleh Ahmad Albab
16/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun atas kematian isterinya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, semalam.

Allahyarham Puan Sri Azizah Hamdi, 58, menghembuskan nafas terakhir di PPUM pada jam 7.02 malam akibat sakit kanser.

Najib, yang ketika ini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Bahrain, turut mendoakan agar roh Azizah, yang menghidap kanser sejak tahun 2002, dicucuri rahmat.

“Takziah kepada Ketua Polis Negara Tan Sri @Fuzi_Harun dan keluarga atas pemergian isteri tercinta, Puan Sri Azizah Hamdi. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya menerusi laman Twitter semalam.

Jenazah Azizah disembahyangkan di Surau Khalid Al-Walid, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam kira-kira 10 malam selepas tiba dari PPUM kira-kira 8.30 malam tadi untuk dimandi dan dikapankan di surau berkenaan.

Jenazah Allahyarhamah kemudian dibawa ke kampung halamannya di Rapat Jaya, Ipoh, untuk dikebumikan kira-kira 9 pagi hari ini.

Allahyarham, yang mengambil alih jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia pada 4 Sept lalu, meninggalkan tiga orang anak. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd