• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah: 4 Pelajar Universiti Awam Ditahan

oleh AK-47
13/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis menahan empat pelajar Universiti Awam yang disyaki terlibat kegiatan pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Padang Nenas, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata pelajar berumur dalam lingkungan 22 hingga 24 tahun itu yang dalam pengajian semester lima ditahan pada 10.30 pagi Isnin lepas.

Polis merampas dadah jenis ganja seberat hampir satu kilogram dan dadah jenis Ekstasi bernilai RM30 daripada mereka, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya menerusi siasatan awal, seorang daripada pelajar itu mengaku semua dadah yang dirampas adalah kepunyaannya untuk dijual kepada pelajar dan penagih di sekitar Kuala Nerus.

Hasil kerjasama suspek yang berumur 22 tahun itu, polis berjaya menemukan dadah itu yang disorokkan di dalam rumah namun tiga lagi sahabatnya turut ditahan kerana positif dadah serta untuk siasatan lanjut, katanya.

Idris berkata dua daripada pelajar itu berasal daripada Kelantan dan dua lagi daripada negeri ini.

Beliau berkata ganja tersebut dibungkus mengikut sukatan tertentu iaitu 25 gram untuk dijual pada harga RM10 dan RM50 bagi 65 gram.

Katanya polis turut menyita sebuah kereta jenis Proton Satria bersama-sama wang tunai berjumlah RM400.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 11 Dis dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: ACP Idris Abd Rafardadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd