• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

116 Inisiatif Di Bawah NBOS Dilaksanakan Sejak 2009

oleh Ahmad Albab
13/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 80 jabatan dan agensi kerajaan telah melaksanakan 116 inisiatif di bawah konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) secara kolaboratif sejak ia dilancarkan pada 2009, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Lee Chee Leong berkata hasil kerjasama itu telah berjaya memecahkan benteng silo birokrasi yang sebelum ini memberi kesan terhadap kelancaran program-program kerajaan dan mengelakkan pembaziran sumber kewangan serta tenaga manusia.

“Contoh terbaik inisiatif NBOS ialah Pusat Transformasi Nasional (UTC) yang merupakan pusat sehenti pelbagai perkhidmatan kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) yang waktu operasinya melangkaui waktu (kerja) biasa.

“Pada masa ini terdapat 20 UTC di seluruh negara dengan penjimatan pembangunan kerajaan dianggarkan RM2 bilion dengan sambutan yang menggalakkan iaitu telah memberikan perkhidmatan kepada kira-kira 55 juta pengunjung sejak 2013,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Ramli Shariff yang ingin tahu keberkesanan kerjasama di bawah konsep NBOS dan adakah terdapat sebarang pertindihan fungsi antara agensi-agensi yang terlibat.

Lee berkata antara cabaran melaksanakan strategi NBOS ialah kolaborasi merentasi struktur organisasi dalam kalangan jabatan dan agensi kerajaan selain permintaan meluas inisiatif-inisiatif popular seperti UTC dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).

“Bagaimanapun, cabaran itu dapat diatasi bersama sebelum sesuatu cadangan itu dilaksanakan dan kerajaan terus komited untuk memastikan inisiatif seperti UTC dibangunkan di setiap negeri sebelum diluaskan ke bandar-bandar utama yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi,” katanya. – BERNAMA

Tags: NBOS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN, Bekas Kerani Mengaku Tidak Bersalah Pecah Amanah

09/07/2019
0

MELAKA – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai dan seorang bekas kerani Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan...

Dasar NBOS Pikat Gergasi Korea Selatan Ke Malaysia

25/02/2018
0

CERIA... Konglomerat terkemuka Korea Selatan, SK Group bakal menubuhkan ibu pejabat serantau di Malaysia dalam usaha membantu pelaksanaan inisiatif Strategi Lautan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd