• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

India Haram Iklan Kondom Di TV Waktu Perdana

oleh
12/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Kerajaan India mengumumkan bakal melarang iklan kondom untuk ditayangkan sepanjang lapan jam waktu perdana di semua 900 stesen televisyen tempatan di negara tersebut.

Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan, Kementerian Penerangan dan Penyiaran India akan mengarahkan ratuan saluran televisyen terbabit untuk berhenti menayangkan iklan kondom dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Dasar terbaharu itu dijangka menjadi ancaman bagi setiap pengendali stesen berkenaan kerana nilai iklan tersebut kemungkinan jatuh jika ditayangkan di luar waktu perdana atau turut dirujuk sebagai “masa perkuburan”.

“Setiap stasen televisyen diwajibkan tidak boleh lagi menyiarkan iklan produk kondom ketika siaran perdana yang tinggi jumlah penonton dan merupakan kumpulan kanak-kanak,” demikian kenyataan kementerian berkenaan.

Jurucakap kementerian itu juga menambah bahawa di dalam peraturan penyiaran tempatan sendiri ada dinyatakan dengan jelas larangan untuk menayangkan perkara yang “tidak berbaur senonoh, lucah, mahupun kekerasan”.

Untuk rekod, stasen televisyen di seluruh India, sama ada kendalian operator swasta atau milik pemerintah awam, ditonton lebih daripada 183 juta orang iaitu kira-kira 10 peratus daripada jumlah rakyat negara berkenaan.

Data itu dikeluarkan oleh Majlis Penyelidikan Industri Penyiaran Awam. Seks masih lagi menjadi hal yang sangat sensitif diperbincangkan secara terbuka di India, negara yang masih mengamala nilai konservatif dan tradisional.

Iklan kondom malahan begitu kontroversi. Pada September lalu, badan perniagaaan India berjaya melobi pihak pemerintah untuk menurunkan papan memaparkan produk kondom yang menampilkan bintang porno di Gujarat.

Ini kerana Gujarat merupakan wilayah yang diwujudkan sejak 1960 dengan kini mengandungi lebih 60 juta penduduk begitu terkenal sebagai berpegang teguh kepada ajaran agama. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Indiakondom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd