• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PTPTN Ingin Hakis Label Pemberi, Pengutip Hutang

oleh AK-47
12/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ingin menghakis imej pemberi pinjaman dan pengutip hutang yang dilabel kepada organisasi tersebut selama ini.

Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata PTPTN sebaliknya ingin mengubah minda rakyat Malaysia iaitu menabung bagi tujuan pendidikan tinggi.

“Persediaan dengan menyimpan dan penabungan awal adalah amat penting untuk keperluan masa hadapan berbanding meminjam.

“PTPTN mahu diingati orang ramai bukan kerana pinjaman dan tidak mahu anak muda terbeban dengan hutang (pendidikan) pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan AirAsia kepada PTPTN di ibu pejabat AirAsia di sini hari ini.

Beliau berkata hingga 31 Okt tahun ini sebanyak 3.1 juta akaun PTPTN dibuka dengan jumlah simpanan RM2.97 bilion dan ia masih rendah berbanding populasi penduduk Malaysia iaitu lebih daripada 31 juta.

Majlis hari ini menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Berhad Aireen Omar menyerahkan sumbangan RM121,750 kepada Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) menerusi Mastura sambil disaksikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching.

Sumbangan yang bertujuan membantu pelajar kurang bernasib baik itu dimanfaatkan menerusi pembukaan akaun SSPN-i dengan deposit RM50 untuk 2,435 murid tahun satu dari sekolah bantuan penuh kerajaan di sekitar Kuala Lumpur.

Pada masa sama kesemua murid tersebut turut akan menerima insentif geran sepadan RM50 lagi dari PTPTN.

Aireen dalam ucapannya berkata Airasia berasa bangga dapat bekerjasama dengan PTPTN dan akan membantu sedaya yang boleh untuk memberi masa depan yang baik kepada pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Sementara itu, Mary Yap memuji komitmen AirAsia dalam membantu pelajar tidak bernasib baik. – BERNAMA

Tags: PTPTNTimbalan Ketua Eksekutif PTPTN Mastura Mohd Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd